Timothee Chalamet bikin obsesi buat ramai anak muda. Faktor cool yang tersemat padanya, terutamanya perihal stail, seringkali menjadi tumpuan. Banyak gaya Timothee pernah viral sehingga mencetuskan fenomena. Apa sahaja yang digayakan Timothee tanpa sengaja, akan kelihatan stylish dan effortlessly cool.
Anak muda yang baru menginjak 25 tahun ini, mula meraih perhatian sejak muncul dalam filem indie ‘Call Me By Your Name’. Kemunculannya dalam filem tersebut, menjadi bualan dan kemudiannya membentuk trend baharu. Tambahan lagi, gaya karpet merah Timothee pada tahun-tahun sebelum ini, turut mencetus fenomena.
Teringat akan penampilan Timothee dalam rekaan Haider Ackermann sewaktu acara festival filem Venice. Rekaan sut kelabu (silk top) yang dipakainya tidak mengikut ketradisionalan sut lelaki, malah konstruksi yang ditonjolkan terinovasi dengan inspirasi baharu. Dilengkapi pula dengan ikatan dua tali pinggang. A new form of elegance tercipta. Bukan gaya biasa-biasa. Penampilan tersebut tampak ‘personal’ juga daring yang tidak perlu dibuat-buat.
Stail-stail yang pernah dipamerkan Timothee cukup teruja untuk disaksikan. Anak muda sepertinya semakin berani bereksprimen dalam fesyen. Mengukuhkan lagi keberadaan kita dalam arus baharu fesyen lelaki.
Minat Timothee dalam fesyen memberi ruang buat lelaki-lelaki sekarang untuk tampil dengan gaya baharu tanpa batasan. Selepas menyaksikan Timothee dalam sut Hairder Ackermann dan harness Louis Vuitton (Golden Globes), Timothee benar-benar membuka laluan baharu dalam lapangan fesyen lelaki khasnya. He is challenging people to dare, and that’s very a nice thing.
Sempena ulang tahun kelahiranke-25 Timothee, ayuh imbas himpunan gaya Timothee yang bikin kita teruja melihatnya. Juga bolec dianggap antara penampilan ikonik dalam fesyen sepanjang berada dalam era baharu.
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: Daiyan Trisha, The Queen of ‘Aesthetics’