Mempertaruhkan lagu Bawa Daku Pergi nyanyiannya bersama Zizan, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqah Noor Azraff mula disebut-sebut setelah lagu tersebut diharamkan di sesetengah stesen radio tempatan. Namun begitu anak saudara kepada ratu rock negara, Ella, ini terus positif meneroka dunia hiburan tanah air. Pada bulan ini, EH! menampilkan Kaka di dalam Jurnal Fesyen yang boleh dijadikan inspirasi gaya untuk anda semua.
HELAIAN ASAS UNTUK TAMPIL WOW >>
Sensual & Feminin
Mengenakan celana bercorak bunga berona pastel, gaya Kaka dikontraskan dengan baju berwarna biru terang. Apa yang menarik baju tersebut mempunyai aksesori mutiara di bahagian lehernya, menambahkan lagi keanggunan si pemakainya. Rambut Kaka disanggul tinggi untuk menampakkan aura sensual pada raut wajahnya.
TIRU GAYA VERSATIL BLAKE LIVELY >>
Etnik Moden
Kaka tampak matang dan elegan mengenakan jaket bertekad emas yang memberikan elemen eksklusif kepadanya. Gaya ini tampak lebih tradisional dan etnik kerana corak pada jaketnya yang menyerupai songket. Blaus kuning bercorak ringkas memberikan sedikit gaya klasik dan vintaj kepadanya.
*Untuk lebih gaya daripada Kaka, dapatkan EH! keluaran Mac dan selak halaman 52.