Daripada pilihan warna hinggalah ke perincian aksesori, setiap gaya mencerminkan kreativiti dan identiti fandom yang tersendiri, menjadikan suasana konsert bukan sahaja meriah dengan muzik, tetapi juga penuh inspirasi fesyen.
Selepas konsert ATEEZ yang berlangsung pada 22 Mac 2026, bukan sekadar persembahan yang menjadi bualan, malah satu lagi elemen yang dinanti-nantikan ramai ialah kod pakaian serta cara peminat menggayakan penampilan mereka.

Dress code kali ini menampilkan warna hitam, merah, perak dan putih, dipilih untuk melambangkan kekuatan, semangat dan keunikan. Gabungan ini menjadi simbolik bagi semangat, kuasa serta perpaduan para ATINY, mencipta visual yang memukau dan ganas.

Mengenakan kemeja hitam yang fit bersama tali leher merah sutera, penampilan ini tampak minimalis namun tetap lengkap tanpa sebarang kekurangan. Dipadankan dengan beg tangan kulit serta skirt atau seluar leather, gaya ini kekal seimbang tanpa terlihat janggal.
Sentuhan goth melalui tali pinggang dan choker, bersama aksesori seperti rantai berlapis di atas tali leher, anting-anting panjang serta klip pada tudung, menyempurnakan keseluruhan look dengan elemen yang lebih berani dan berkarakter. Sebagai pelengkap, jam tangan putih ditambah bagi memberi kontras yang memperincikan lagi dress code yang digayakan.

Bukan biasa-biasa, couple look yang satu ini turut mencuri perhatian ramai. Kedua-duanya menggayakan jaket kulit bersama seluar baggy berwarna washed black, mencipta aura yang santai namun berkarakter.
Bagi yang belah perempuan, skirt ruffle yang berjuntai dipadankan dengan tudung merah memberi sentuhan lebih feminin tanpa menghilangkan elemen edgy, sekali gus menjadikan keseluruhan gaya tampak seimbang dan standout. Walaupun tanpa aksesori perak, gaya ini tetap kelihatan penuh dan berimpak.
Bagi yang lelaki pula, baju merah terang ala turtleneck digayakan untuk memberi efek lebih menonjol. Tali pinggang berunsur goth serta perincian tambahan pada seluar menambah elemen edgy, manakala photocard yang digantung menjadi sentuhan akhir yang jelas mencerminkan identiti seorang ATINY.

Tidak seperti yang lain, ATINY ini memilih untuk tidak mengenakan sebarang elemen merah, sebaliknya tampil dengan palet putih dan hitam sebagai warna utama. Padanan baju dan skirt lace bermotif bunga memberikan aura mewah dan bold, menyerlahkan sisi elegan dalam gaya yang digayakan.
Penampilan ini turut diperkaya dengan outerwear berupa jaket berbulu tebal yang menambah dimensi serta tekstur. Sebagai pelengkap, rantai pearl bersama beberapa aksesori gelang disarungkan, menjadikan keseluruhan penampilan tampak refined dan berkelas.

Bertemakan gaya gothic, tarikan utama penampilan ini terletak pada corset yang dilapiskan di atas baju dengan ruffle yang menyerupai short black skirt, digayakan di atas skirt lace hitam dan ruffle merah. Padanan ini mencipta efek berlapis yang unik dan edgy, menonjolkan dimensi serta tekstur dalam setiap lapisan.
Rantai pinggang berunsur pearl yang menonjol menambah sentuhan dramatik, sementara selendang hitam digayakan seperti veil lengkap dengan klip tudung fur, memperkukuh aura misteri dan menjadikan keseluruhan look benar-benar standout.

Terakhir sekali, penampilan ini memukau dengan sleeveless jaket baldu yang digayakan di atas baju kemeja merah, dengan kolar dikeluarkan bagi menyerlahkan warna merah tampak lebih menonjol. Padanan itu dilengkapi dengan aksesori tali pinggang berwarna perak, manakala beg tangan merah yang juga boleh digayakan sebagai cross bag menambah elemen praktikal dan gaya.
Untuk sentuhan lebih “extra”, rantai pearl besar digayakan bersama rantai perak, mencipta kontras berkilau yang memperkukuh keseluruhan look dan menjadikan gaya ini benar-benar standout.
