Jenama Skechers Malaysia melantik Ayda Jebat sebagai duta rasminya, seiring merasmikan koleksi baharu iaitu Skechers California Pack.
Ayda Jebat menyinar kembali, mengembalikan era kegemilangannya setelah mencuri perhatian Malaysia dengan rancangan televisyen hiburan, Famili Duo dengan menjadi duta rasmi Skechers! Comeback yang dilakukan bersama adiknya Fyna Jebat, meletakkan Ayda sebagai penyanyi tumpuan awal tahun 2023.
Tidak dinafikan, vokal yang ditaruhkan di atas pentas masih menyengat, dijadikan sebagai hadiah rindu buat peminat kuatnya, Ayda Jebat Screamer (@ajscreamer). Setelah berehat seketika kerana tumpuannya kepada keluarga, Ayda syukur masih dikurniakan peminat yang masih menyokong setia akan kerjayanya hingga ke hari ini.
Tahun 2023 adalah tahun kembali AJ. Skechers, The Comfort Technology Company™ dan peneraju global dalam gaya hidup dan kasut prestasi, dengan bangganya mengumumkan Ayda Jebat sebagai duta rasmi jenamanya untuk Malaysia. Seiring dengan penampilannya sebagai duta, Ayda turut merealisasikan kempen siri baharu iaitu Skechers California Pack.
Skechers’ California dreamin’
Koleksi yang ringan, selesa dan bergaya memancarkan ekspresi gaya anak muda dan meriah dengan signifikasi siluet kasut Skechers Sport Court 92 klasik. Garisan tepi yang cool dan warna yang menarik perhatian memudahkan anda untuk memadankan ia dengan apa jua jenis dan gaya fesyen yang berbeza.
Gaya fesyen daripada pakaian jalanan hingga kepada hipster, sukan dan kasual pintar, namakan sahaja apa jua fesyen, Skechers’ California dreamin’ pasti tampak elegan dan melengkapkan rupa anda.
Gembira dan teruja dengan pelantikan itu, Ayda berkata, “Alhamdulillah, adalah penghormatan untuk saya menjadi Duta Jenama Skechers Malaysia yang baharu. Sebagai seorang pelakon, penyanyi dan ibu, saya mementingkan keselesaan daripada segala-galanya dan Skechers benar-benar pilihan saya. Koleksi ini menemui sisi yang berbeza buat saya yang sering berjalan jauh.”
Koleksi Pek California tersedia secara eksklusif di Asia Tenggara, melalui www.skechers.com.my, Lazada, Shopee, dan kedai Skechers yang terpilih di Malaysia.
Artikel berkaitan: Skechers X Tokidoki : Uno 2