Azira Shafinaz sedang rancak membina nama sebagai pelakon. Ketika ini namanya sedang hangat menerusi filem Penunggang Agama dan dalam masa yang sama siri Penjara Janji gandingan bersama Alif Satar juga sedang bersiaran di TV3 menerusi slot Samarinda.
Jika ke mana-mana stor H&M ketika ini pastinya anda akan terlihat wajah Azira Shafinaz, Bella Daly dan yaya Zahir yang tercetak di poster besar yang dipamerkan di dinding-dinding. Ketiga-tiga wanita popular ini menjadi pilihan H&M untuk membintangi kempen himpunan musim panas jenama yang berasasl dari Sweden ini. EH! sempat mencuri masa Azira untuk bertanyakan tentang gaya kesukaan juga aktiviti percutian kesukaannya.
Apakah trik penggayaan (styling tricks) terbaik yang boleh Azira kongsikan dengan pembaca EH! dalam suai padan koleksi ini?
Apa yang paling menarik tentang koleksi ini ialah ia mudah disuai padan dan semestinya senang dipakai dalam apa jua gaya yang kita mahukan. Jika datang mood nakkan sesuatu yang girly boleh sarung maxi dresses. Dan kalau mahukan gaya yang lebih smart, boleh gayakan structural jeans and buttoned tops.
Boleh kongsikan tiga helaian yang jadi kesukaan Azira dari koleksi ini?
Azira suka long dress yang sesuai sekali dipadankan dengan seluar. Selain itu Azira juga sukakan leopard print maxi dress! Koleksi baju-t tanpa lengannya juga nampak menarik jika dipadankan helaian-helaian lain.
Boleh kongsikan pengalaman menarik sepanjang penggambaran kempen ini?
It was so much fun! Azira dapat hang out dengan Yaya and Bella dan dalam masa yang sama dapat bekerja dengan pasukan kerja yang berpengalaman termasuklah Min Luna yang menjadi penata gaya untuk kempen ini. We talked about our experiences, our lives and how we can support each other, woman to woman.
Apakah perbezaan gaya/stail Azira berbanding Yaya dan Bella yang turut muncul di kempen ini?
Gaya Azira lebih santai dan kasual kerana Azira suka dan pentingkan keselesaan. Yaya pula a bit more on the feminine side dan sebab itu jika kita lihat dalam kempen ini Yaya pakai more dresses. Bella pula lebih kepada top and bottom, sangat sesuai dengan personalitinya sebab Bella seorang yang adventurous.
Baca Juga: Pimpin’ & Juicy! 10 Gaya Terbaik 90’s di Parti EH! 20 Tahun
Bercakap tentang musim panas, apakah aktiviti kesukaan Azira sebelum pandemik sepanjang musim panas? Mungkin ada destinasi percutian yang jadi kesukaan Azira.
Kalau ikutkan setiap tahun Azira akan bercuti ke Bali. Itulah destinasi yang paling Azira hendak sangat pergi ketika ini. Tak sabar mahu terbang ke sana lagi apabila pandemik ini berakhir. Setiap kali ke Bali Azira akan manjakan diri secukupnya, misalnya Azira akan banyak habiskan masa di spa.