B.zero1 Rock cetusan nadi gaya nan ranggi Bvlgari buat mereka yang punya personaliti yang bold serta unapologetic attitude.
Salah satu ciri utama yang dapat saya serap sebaik melihat himpunan B.zero1 Rock ialah gaya rangginya namun masih menonjolkan cita rasa mewah. Sewaktu menggayakan Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha untuk penggambaran muka depan EH! dua minggu lalu, saya lihat himpunan ini tampak secucuk menghiasi jemari, leher dan tangan Aedy dan Daiyan. Aedy personalitinya tampak cukup maskulin dan ranggi disebalik karakternya yang pendiam dan sakan malu-malu. Daiyan pula lebih dikenali dengan karakter girl next door bercampur sofistikated. Biar berbeza personality namun koleksi Bvlgari yang kami pilih secucuk buat kedua-duanya.
Bvlgari, perhiasan diri mewah dari Itali terus mengguna pakai inspirasi yang diceduk dari seni dan interior seni bina Roman yang sudah berusia 2700 tahun. Seiring dengan identity B.zero yang menonjolkan identiti yang bold, Bvlgari B.zero1 Rock tampil lebih ‘tegas’ dalam himpunan ini.
Bvlgari B.zero1 Rock mencetus identiti yang lebih ranggi, pendek kata ‘lebih ganas’, lebih berekspresi jika dibandingkan dengan koleksi B.zero1 sebelum ini. Asasnya, B.zero1 diilhamkan berdasarkan bangunan agam kebanggaan kerajaan Rom, Colosseum yang dianjak ke inovasi yang lebih bold. Himpunan ini dilihat sebagai gambaran mesej pemakai yang utuh jiwanya, kental semangat dan megah berdiri di atas kaki sendiri. Apa yang penting, Bvlgari B.zero1 Rock mahu perempuan dan lelaki berekpresi menerusi gaya penggayaan aksesori.
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf & Daiyan Trisha, Bicara Tentang Past, Present & Future!
Menyelusuri himpunan ini, Bvlgari menggabungkan ilham malar segar dengan gaya ranggi masa kini menerusi pemilihan materialnya seperti emas kuning berhias berlian. Menaguatkan elemen ‘rock’ ini, Bvlgari mengguna pakai seramik hitam pada sebahagian rekaan koleksi ini.
Dimensi Dua Dekad
Berundur seketika ke tahun 1998, Bvlgari memperkenalkan jam tangan Bvlgari Aluminium, yang mana pada waktu itu Bvlgari melangkah kelaur dari zon laman permainannya dengan menggabungkan penggunaan getah dan aluminium untuk jam tangannya. Dari segi rekaannya pula jam tangan ini tampil dalam gaya kasual namun masih utuh dengan identiti mewahnya.
Selang lebih 20 tahun, Bvlgari kembali menghidupkan himpunan jam tangan aluminiumnya ini dan secara amnya identiti jam ini masih kekal sama, ia sesuai buat lelaki dan perempuan. Apa yang lebih menarik, edisi 2020 ini tidak lagi menggunakan gerakan mechatronic-quartz sebaliknya digantikan dengan gerakan mekanikal self-winding. Bvlgari Aluminium adalah terjemahan kepada semangat Bvlgari yang mahu terus bergerak ke hadapan, lari dari idea konvensional.
Artikel Berkaitan: Bvlgari Serpenti Dari Mata Kreatif Mary Katrantzou