UNIQLO kembali menghangatkan dunia fesyen apabila mengumumkan kolaborasi UT pertama mereka bersama kumpulan global K-POP sensasi, BABYMONSTER.
Koleksi eksklusif ini bakal dilancarkan pada 2 Februari 2026, menampilkan rekaan T-shirt yang diinspirasikan daripada lagu signature mereka, “BATTER UP.” Dengan siluet boxy yang sedikit oversized dan fabrik sheer yang direka khas, koleksi ini menghadirkan aura cool girl energy yang sinonim dengan gaya BABYMONSTER. Hadir dalam pilihan crew neck dan V-neck, koleksi ini direka untuk semua yang mahu bereksperimen dengan gaya kasual tetapi tetap bergaya.
Untuk meraikan pelancaran ini, UNIQLO bakal memperkenalkan rangkaian visual eksklusif BABYMONSTER dalam koleksi UT mereka — termasuk foto berkumpulan, solo shots, serta video di sebalik tabir penggambaran. Turut menanti, video mesej istimewa daripada para ahli untuk para peminat dan pelanggan. Semua visual ini akan membawa peminat lebih mendalam ke dalam dunia unik BABYMONSTER.
Koleksi kolaborasi ini akan dilancarkan pada 2 Februari 2026, menampilkan 6 rekaan T-shirt wanita pada harga RM59.90, dan boleh didapati di semua stor UNIQLO di Malaysia serta di uniqlo.com.
Baca: Zootopia 2 Untuk UNIQLO, Koleksi Paling Comel Buat Peminat Fesyen Kasual







