Koleksi BAPE® x Coach dihadirkan kembali, melanjutkan koleksi kolaborasi pertamanya yang pernah dilancarkan pada 2010. Kolaborasi bersama pelopor fesyen streetwear Jepun, menampilkan Megan Thee Stallion, Koki dan Cordae sebagai wajah utama. Imej kempen dirakam oleh Sandy Kim, kempen baru ini meraikan karakter dan identiti cool New York dan Tokyo-menyimbolkan tempat asal kedua-dua jenama tersebut.
Koleksi kapsul termasuk pakaian sedia pakai, aksesori kulit, kasut dan aksesori kecil yang memfokuskan kepada kesinambungan streetwear BAPE bercampur warisan seni Coach yang gemilang. Dedikasi penggemar fesyen streetwear, BAPE® x Coach boleh mula dimiliki bermula pada 24 Julai 2021 secara online.
Menawarkan cetakan edisi terhad, yang secara langsung menggabungkan ciri-ciri dua jenama itu, menghangatkan lagi koleksi. Menggabungkan signature ikonik “C” Coach dengan logo APE HEAD yang dikenali BAPE, helaian balutan warna biru navy dijadikan taruhan utama, mulai dari hoodie dan jaket parka hingga beg mini dan bucket hat. Hampir semuanya dibaluti cetakan bertenaga, malah sniker klasik BAPESTA turut diolah dalam rupa yang sama. Menyuntik faktor segar dalam perihal gaya.
Inspirasi disebalik koleksi ini adalah meraikan kepositifan, optimis, dan keaslian bersama jati seni dari New York dan Tokyo. Ia merangkumi beg, hoodie, dan kemeja T yang turut bercorak edisi terhad. Sepertimana, yang digayakan oleh Megan Thee Stallion bersama anjing peliharaannya dalam penghasilan kempen. Mempamerkan faktor ‘cool’ Coach yang tiada tandingannya.
Koleksi terbaru ini menambah opsyen gaya, misalnya sniker, beg tote atau sandal yang semakin menjadi kegemaran baru, menciptakan nuansa kontemporari berdasarkan reka bentuknya. Kasual namun juga elegan, tidak menjurus pada satu gaya saja, melainkan mudah dipadukan dengan stail apapun.
Beg kulit mini dan beg galas yang ditampilkan corak kolaborasi dalam pilihan warna merah jambu, sementara rekaan yang lebih ringkas terdapat pada gaun mini, kemeja T dan topi besbol. Reka bentuk yang bersahaja, mempunyai logo BAPE APE di samping motif T-Rex Coach-menyemarakkan lagi kerjasama kreatif antara BAPE® dan Coach.
ITEM HANGAT KOLEKSI BAPE® X COACH PILIHAN EH!
#Coach
Artikel berkaitan: Valentino Escape 2021, Semak Item Hangat Gaya Percutian