Barbara Palvin seorang model turned influencer dalam masa yang singkat. Personaliti periang dan peramah yang dimilikinya, ternyata mengubah hala tuju kariernya yang kini bergelar influencer. Kemunculannya, menghangatkan lagi barisan generasi model baharu yang kebanyakkannya bergelar influencer.
Barbara, asal dari Hungary dan portfolio modelnya bermula hebat sejak menghiasi halaman muka Sports Illustrated, serta terpilih antara Victoria’s Secret Angel, yang mana menjadi idaman setiap model di dunia. Barbara antara yang bertuah dapat menyambung legasi Victoria’s Secret Angel, di samping itu meraih populariti pabila didapati menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon, Cole Sprouse.
Bagaikan takdir, kerana kedua-dua anak muda itu sememangnya sedang meningkat naik, dan pabila bersatu, bertambahlah pengaruh mereka. Cole Sprouse dikenali sejak membintangi siri Netlix Riverdale, manakala Barbara mengembangkan kerjaya modelling dengan tampil dalam pelbagai halama editorial fesyen. Serta menjadi jurucakap produk, selain itu wajahnya kerap menghiasi majalah fesyen. Barbara tak kurang hebatnya, kerana dia kini antara wajah fesyen paling hangat dan menjadi kegemaran para pereka fesyen, seperti Louis Vuitton, Versace, Miu Miu dan Nina Ricci.
Gaya model off duty Barbara cukup mengagumkan sekali. Sama seperti model-model dalam generasinya, identiti sebenar Barbara ditonjolkan melalui gaya kasualnya yang kerap tampil dalam helaian ringkas, seperti jaket kulit, celana denim, cropped top, jaket varsity, dan rambut yang dibiarkan lepas. Ada tekstur yang menonjolkan imej acuh tak acuh. Effortless yang kelihatan ada kesungguhan disebaliknya. We love all her styles. Cukup untuk memberi inspirasi fesyen buat kita semua.
Stail karpet merah Barbara semakin matang. Seringnya hadir disamping Cole Sprouse, antara acara karpet merah yang pernah dihadirinya, adalah seperti Oscars After Party, Filem Festival Venice dan majlis-majlis fesyen yang lain. Antara ‘red carpet look’ Barbara yang paling diingati ialah sewaktu Barbara menyarung nude gown Versace di Oscars After Party. That was a look.
Artikel berkaitan: 2021 Golden Globes, Gaun Siapakah Paling Glamor?