Tahun ini, pengarang EH! berkesempatan melawati Bata Sneaker Fest yang meraikan pelbagai gaya kasut dan keperibadian setiap individu. Sneaker Fest 23 menyajikan lebih daripada 100 kasut + di pelbagai jenama dalam portfolio Bata seperti Power, North Star, Weinbrenner, Bubblegummers dan banyak lagi!
Siapa sahaja yang tidak menyukai sepatu sneaker? Saat ini, trend sneaker semakin mencerminkan kesan gaya santai dan selesa. Sneaker, atau sepatu olahraga, bukan lagi hanya dipandang sebagai alas kaki untuk aktiviti fizik dan lasak, mereka juga telah menjadi pilihan utama bagi kebanyakan individu untuk digayakan dalam harian mereka.
Sneaker menawarkan kombinasi sempurna antara keselesaan, praktikal dan gaya yang unik. Mereka hadir dalam pelbagai bentuk model, warna dan desain yang mempesonakan, siapa pun memakainya pasti akan mengekspresikan diri mereka melalui pilihan sepatu. Sneaker juga amat sesuai untuk digayakan di pelbagai situasi, baik bersantai di kafe, di pejabat atau bahkan menghadiri acara semi-formal. Mereka mudah disesuaikan dengan gaya peribadi anda.
Jenama pembuatakan kasut yang berasal dari Republik Czech, BATA mengintegrasikan kasutnya dengan penuh seni untuk memenuhi keperluan komuniti pakaian jalanan kontemporari dengan gaya tersendiri dan reka bentuk yang inovatif. Mengaktifkan festivsal kasut pertama, Sneaker Fest 23, terus mengejutkan dan menggembirakan peminat kasut dengan gaya untuk setiap individu yang unik.
Pelakon filem dan ikon gaya Malaysia, Aedy Ashraf dan Anna Jobling, yang diumumkan awal tahun ini sebagai duta Bata Malaysia, kempen ini meraikan kebebasan untuk menyatakan dan menerima pelbagai perasaan, gaya dan personaliti. Sneaker Fest membuat debut tahun lalu di SneakerLAH, acara sneaker terbesar di Malaysia yang menyatukan nama-nama yang paling berpengaruh dalam komuniti sneakerhead.
5 Sneaker Bata Paling Bergaya Pilihan EH!:
1. NORTH STAR WOMEN SNEAKERS (RM139.00)
2. POWER WOMEN SNEAKERS (RM 239.00)
3. NORTH STAR WOMEN SNEAKERS (RM 159.00)
4. BATA RED LABEL WOMEN SHOES (RM 179.00)
5. NORTH STAR WOMEN SNEAKERS (RM 159.00)
Baca: Raikan Hari Kekasih Bersama Kolekasi Kaca Mata Luxottica