EHsociates menyertai masterclass bersama jenama denim terkenal, Lee untuk sesi perkongsian penataan gaya, tip dan trik styling serta bermesra dengan selebriti undangan EH!
EHsociates, komuniti khas yang menghimpunkan content creator baharu, berpeluang menyertai sebuah masterclass eksklusif hasil kolaborasi bersama jenama denim terkemuka, Lee. Acara ini bukan sekadar sesi perkongsian biasa, tetapi satu pengalaman berharga yang menggabungkan fesyen, kreativiti dan inspirasi dalam dunia digital.
Dalam sesi istimewa ini, para tetamu bukan sahaja dapat mendalami seni penataan gaya, malah memperoleh pelbagai tip dan trik fesyen. Mereka turut diberi kesempatan eksklusif untuk memilih tiga helaian daripada koleksi Lee, membolehkan mereka mengekspresikan gaya unik masing-masing ketika menghadiri acara ini.
Lebih menarik lagi, masterclass ini turut memberi peluang kepada para tetamu untuk berinteraksi secara langsung dan beramah mesra dengan selebriti undangan EH!, iaitu Naim Daniel dan Bay Doucet. Kehadiran mereka di acara ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberikan inspirasi masing-masing.
Di permulaan acara, Naim, Bay, dan para EHsociates diberi peluang eksklusif untuk memilih tiga helaian daripada koleksi Lee. Setelah membuat pilihan, mereka akan menyarungkan helaian pilihan masing-masing sambil berkongsi inspirasi di sebalik pemilihan tersebut serta cara mereka menggabungkan dan memadankan gaya untuk mencipta penampilan yang unik dan menarik.