Koleksi edisi terhad ELLE, ‘Be Paris’ bernadikan gaya aktif berpadanan dengan helaian baju, sepatu dan beg menjadi sentuhan terbaik untuk gaya anda untuk tampil dalam nuansa lebih segar dan bertenaga.
Sempena sukan Olimpik musim panas yang akan berlangsung di kota Paris, ELLE Active menonjolkan diri, hadir dengan koleksi edisi terhad ‘BE PARIS‘. Mengadun mesra inspirasi kemeriahan, tenaga aktif dan dinamik kehidupan kota Paris dalam satu himpunan,
Bagi saya, sukar untuk mencari pakaian yang bergaya semasa bersukan, pilihan yang sering muncul ialah baju-t dan tracksuit. Ia normal kerana bagi individu lain, buat apa ingin cantik semasa bersukan tetapi bagi saya yang gemar berfesyen, saya amat menitikberat tentang gaya harian saya walaupun bersukan.
Jadi apabila melihat helaian-helaian daripada koleksi daripada ELLE yang cukup segar ini, ia bagai mengubah nasib itu. Menggabungkan gaya kasual dan gaya aktif, koleksi mereka kali ini memang menang, membolehkan anda bergaya semasa bersukan atau untuk gaya kasual harian? tiada masalah!
Bekerjasama dengan JBSN (Jabatan Sukan Belia Negara), ELLE menjalankan misi untuk menyatukan semua rakyat Malaysia dengan memupuk ikatan sosial yang kukuh dan hubungan bermakna melalui fesyen.
Selain menggalakkan kesejahteraan dalam kalangan individu dan komuniti, sukan juga meluaskan ufuk global seseorang. Dengan berhubung dengan individu daripada pelbagai budaya dan kebolehan, komuniti pemerkasaan yang menyokong terbentuk.
‘BE THE HOPE’ bertujuan untuk menggalakkan integrasi sedemikian dalam kalangan peserta yang pelbagai dan memupuk perpaduan tanpa mengira tahap kemahiran dan latar belakang.
Butik ELLE juga membuka tabung sumbangan bersama YAKEB (Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan) dengan konsep “Giving is FUN, Giving is RECEIVING“, sebagai peringatan indah tentang pengaruh yang kita miliki dalam membentuk masa depan yang lebih cerah.
Semua sumbangan dan hasil daripada kempen ini akan menyokong bekas atlet kebangsaan Malaysia dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup aktif bagi mereka yang memerlukan. Hanya derma minimum RM20 dengan hadiah menarik, anda boleh menderma di SINI sehingga 11 Ogos 2024!
Koleksi BE PARIS hadir di dalam stor ELLE berdekatan anda atau boleh juga membuat belian secara dalam talian, ELLE Apparels, ELLE Handbags dan ELLE Shoes.
Baca: North South VS East West, Beg Mana Menjadi Pilihan Anda?