Benarlah orang kata yang fesyen ini kitaran hidupnya 20 tahun sahaja. Apa yang berlaku 20 tahun lalu akan kembali muncul menjengah semula. Mungkin watak yang memainkan peranan itu berbeza. Jika 20 tahun gadisnya kini sudah menjadi ibu atau wanita yang lebih dewasa. Maka, trend yang 2 dekad lalu itu dibawakan pula orang generasi lain. EH! terbang ke 20 tahun yang lalu dan gali semula trend apa yang hangat. Pastinya tidak lepas melihat akan trend beg bahu yang terkepit cantik bawah lengan. So, ini adalah beg bahu yang EH! dambakan!
Beg yang baru sahaja diperkenalkan oleh Coach ini diberi nama beg Swinger. Ia memang menjadikan gaya era 2000 sebagai inspirasi idea. Paling menarik apabila Coach menjemput puteri fesyen the noughties sebagai wajah utama kempen beg Swinger. Menambah gaya fun sesuai denganw atak gadis, ada diletakkan buah epal dalam kemasan kristal.
Tidakkah ini cukup menjerit era millennium? beg bahu, checked! silver, checked! Wahai gadis semasa, ini juga adalah beg yang perlu anda miliki. Ia berlabel Prada dan nama yang diberi adalah beg Cleo. Ia adalah rekaan arkib Prada dari tahun 90-an. Bagi melembutkan beg ini, rekaan bujur pada bawah beg menjadi taruhan Prada.
EH! mahu memperkenalkan satu jenama yang makin menjadi buruan wanita dalam media sosial! Inilah beg By Far yang cukup mengikut trend semasa. Taruhan mereka adalah beg Amber yang diberikan watak lebih fun! Jika ditanya mana datangnya ilham nama Amber? Jawapannya adalah ikon fesyen dan regular face on the runway, Amber Valetta!
Beg Dawson oleh Shrimps memberikan rasa chic dalam elemen kembara. Ia menggabungkan corak harimau bintang bersama jemeki yang dibentuk seperti bunga. Menambah rasa mewah apabila kemasannya adalah diperbuat seakan mutiara.
Pautan Berkenaan: Daiyan Trisha, The Queen of ‘Aesthetics’