Suasana berhari raya tetap mahu dihidupkan biarpun ada antara kita tidak berpeluang meraikannya di kampung. Tapi kita masih perlu meraikan kemenangan kita menyempurnakan puasa selama sebulan. Bukankah satu Syawal adalah hari kemenangan jadi perlu kita meyambutnya tidak kira di mana kita berada.
Biarpun merayakan lebaran tahun ini dalam suasana sederhana, apa salahnya memeriahkannya dengan busana dan aksesori baru. #OOTD itu mesti ya, walaupun sekadar bergambar di dalam rumah. Memandangkan langkah kita terbatas, jadi penting untuk berbelanja dengan memilih sesuatu yang praktikal, yang bukan hanya untuk dipakai sekali.
Orang perempuan, selain baju mereka juga mementingkan aksesori gandingan terutama sekali beg. Melihatkan beg baru Longchamp yang menyuntik elemen tradisi, saya fikir ini antara beg paling padan untuk anda gayakan Aidilfitri ini. Longchamp memberi nadi baru kepada rangkaian ROSEAU nya. Rekaan beg ini tidak berlebih-lebih, tiada perincian yang keterlaluan, warnanya juga mudah dipadankan dengan apa sahaja busana tradisional anda.
Lagi satu yang bagusnya, beg ini luas, sangat sesuai untuk anda yang suka mengisi beg tangan dengan bermacam-macam item, dari tisu, alat solek ke power bank. Tidak hanya sajak untuk dipadankan dengan baju kurung, habis raya nanti anda masih boleh menggayakan beg ini kala bersantai dalam padanan palazo mahupun denim, boleh juga dibawa bercanda ke pantai. Oh, we can’t wait to travel again.