Masih teringat pertama kali Jacquemus melancarkan beg mini terus Instagram dilanda dengan gambar beg kecil itu. Lizzo pula menjinjit beg kecil ilham Valentino ke acara American Music Awards. Semua mempunyai satu persoalan yang sama, what can we fit inside beg mikro mini itu? Pastinya tidak boleh simpan kad, wang mahupun telefon bimbit. Ia kecil tapi impaknya cukup besar dalam trend aksesori semasa!
EH! kongsikan barisan beg mini yang menjadi igauan gadis sekarang. Ayuh lengkapkan gerobok aksesori anda!
Chanel menyajikan beg kecil yang boleh diikat pada pinggang atau gantungkan pada leher seakan menang pingat! Gancunya disokong mewah bersama logo duo C dan beg ini menggunakan kulit anak lembu berkemasan grain.
Berjiwa bebas dan tidak kompromi pada gaya adalah jati diri gadis di Balenciaga. Buktinya adalah beg bulat dan beg kad yang dijinjitkan sekali. Beg bulat rona merah itu diperbuat daripada kulit anak lembu.
Miu Belle dalam kulit kalsik Miu Miu yakni material nappa dijahit dengan teknik ikonik matelasse. Ia menjelmakan ritma gaya lebih klasik pada penataan stail.
Serahkan sahaja pada Moschino untuk keluarkan koleksi yang gila-gila. Taruhan Jeremy Scott di Msochino buat koleksi beg mininya pula adalah yang sedondon dengan helaian dan kasut.
Pautan berkenaan: Tip Menggayakan Beg Tangan Dengan Attitude Moden