Sempena tibanya 12.12, ia merupakan masa yang dinantikan ramai kerana berlangsungnya jualan hebat tahunan di Zalora!
Acara jualan tahunan ini hanya berlangsung selama empat hari bermula 12 Disember 2016 tepat pada waktu tengah malam di seluruh rantau.
Yang pastinya, pembeli boleh mendapatkan pelbagai item fesyen dari 100 jenama fesyen dan kecantikan terkemuka di enam pasaran termasuklah Singapura, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Filipina dan Indonesia.
Peminat fesyen boleh mendapat penjimatan sehingga 70% pada jenama hebat yang ada di Zalora seperti Ivy Park, Calvin Klein, Topshop, Topman, Aldo dan banyak lagi.
Bermula dari 12 hingga 15 Disember 2016, 12.12 Online Fever akan dilancarkan di kesemua enam laman web ZALORA dan juga pada aplikasi mobil ZALORA pada 12 Disember 2016 pada 12 tengah malam. Tawaran eksklusif boleh didapati di www.zalora.com.my/online-fever/.