Bella Hadid tampil sebagai wajah kempen apabila Saint Laurent mengembalikan beg Mombasa ikonik yang diinspirasikan era awal 2000-an.
Saint Laurent mengimbau kembali era awal 2000-an menerusi pelancaran terbaharunya. Menggandingkan Bella Hadid sebagai wajah kempen, jenama ini memperkenalkan semula beg ikonik Mombasa yang pertama kali dilancarkan dalam koleksi Musim Bunga/Panas 2002.
Diberi nafas baharu dalam tiga saiz serba guna, siluet lembut beg ini kekal setia pada rekaan asal dengan sentuhan moden yang halus. Ditawarkan dalam saiz kecil, sederhana dan besar, beg ini direka khusus untuk digayakan setiap hari. Dengan bentuk jatuhan semula jadi dan tali bahu yang santai, Mombasa menampilkan gaya effortless yang tampak mewah dan sofistikated.
Untuk saiz sederhana dan besar, setiap beg dilengkapi poket dalaman berzip, lapisan suede kulit anak lembu serta pemegang kulit yang kemas. Dihasilkan daripada kulit Courchevel, kulit anak lembu vintaj dan kulit pony, koleksi ini hadir dalam pilihan warna hitam, Rouge Cabernet, Santal dan Dark Oat. Sementara itu, versi kecil turut ditawarkan dalam edisi eksklusif kulit buaya berwarna Dark Bay Leaf.
Baca: 17 Gaya Karpet Merah Terbaik di Critics Choice Awards 2026


