“Bella Hadid is the poster girl for this state of mind,” kata pengarah kreatif Swarovski, Giovanna Engelbert
Supermodel era baharu, Bella Hadid dilantik sebagai wajah rasmi yang baharu bagi jenama kristal tersohor, Swarovski. Penuh warna dan bold, itu yang boleh disimpulkan sebaik sekilas memandang kempen terbaru ini, merah jambu, hijau, biru dan kuning warna yang melatari kempen ini. Diumumkan hujung minggu lalu, pelantikan Bella Hadid sebagai duta rasmi Swarovski membunga rasa teruja dan bangga di jiwa adik kepada model terkenal, Gigi Hadid ini.
Foto kempen ini dirakamkan oleh jurugambar terkenal dunia Mert Alas and Marcus Piggott, yang mana ia menonjolkan keplebagaian dan betapa versatilnya kristal Swarovski dalam menonjolkan pelbagai stail dan emosi pesona. Kempen ini disempurnakan di bawah telunjuk arahan pengarah kreatif Swarovski sendiri, Giovanna Engelbert.
“Saya memang sudah mengenali Swarovski sejak dulu lagi. Ia sebuah jenama yang ikonik dan himpunannya malar segar. Saya sukakan koleksi terbaru ini dan apa jua yang dilancarkan mereka sebelum ini terutamanya dua tahun sejak kebelakangan ini yang mana mendapat sentuhan Giovanna,,” jelas Bella dalam satu kenyataan yang dikongsikan oleh Swarovski.
Menurut Bella, Swarovski adalah satu jenama perhiasan diri masa depan. Barang kemas adalah satu ekspresi dalam meraikan individualiti. Jenama dari bumi Austria ini meraikan semua orang dan juga idea kehidupan yang moden glamor.
Giovanna Engelbert pula menyifatkan pemilihan Bella sangat bertepatan dengan apa yang dimahukan Swarovski, yakni seorang yang tersendiri dan boleh ditampilkan dalam pelbagai rupa menerusi karakternya. “Bella boleh kelihatan seperti seorang yang sangat aktif dan bertukar menjadi seorang yang sangat glamor, namun masih kekal dengan personaliti dirinya.”
Bagi Giovanna Engelbert kristal adalah satu dinamik dalam penggayaan harian masa kini, ia adalah satu terjemahan kepada personaliti diri yang tersendiri, yang membuatkan kita berbeza dengan yang lain, ia boleh menyuntik gaya pelbagai, dari santai juga yang lebih ‘bersiap’.
Baca: Kunci Rahsia Wajah Berseri dan Bibir Mungil Bella Hadid