Levi’s® muncul dengan semangat fesyen yang membara, mengetengahkan nilai inklusifiti, saling hormat-menghormati, keaslian, dan refleksi diri melalui kempen terbaharu mereka, Untukmu Yang Luar Biasa.
Cukup teruja dengan kempen terbaharu dari Levi’s® ini, sehingga EH! berkesempatan melawat butik terbaru Levi’s® di The Exchange TRX. Pengalaman ‘girl day out’ menjadi lebih menyeronokkan dengan peluang ini, membolehkan kami bersama-sama menyelongkar koleksi terbaharu ini dengan penuh kegembiraan.
Memiliki personaliti, minat, dan gaya yang berbeza, dan itulah yang membuat kami menyukai Levi’s® kerana jenama ini meraikan kepelbagaian dan individualiti. Seperti tagline kempen terbaru, ‘Untukmu Yang Luar Biasa’. Setiap pakaian dari koleksi Levi’s® mengandungi elemen-elemen yang membolehkan kami mengekspresikan diri dengan lebih bebas dan yakin.
Kempen ini menampilkan rekaan yang segar dan inovatif, memperlihatkan perkembangan fesyen yang bersifat progresif dan relevan dengan zaman. Selain itu, kesesuaian dan keselesaan pakaian ini memberi kami keyakinan untuk mengeksplorasi gaya yang lebih kreatif dan unik, sesuai dengan keperibadian masing-masing.
“Berbelanja di bahagian pakaian lelaki bukanlah sesuatu yang baharu buat saya yang gemar dengan fesyen yang santai dan longgar. Gabungan yang sederhana seperti classic western shirt dan denim Levi’s®️ premium 501 original straight fit cotton men’s jeans ini dapat memberikan saya keyakinan dalam berfesyen” – Ain
“Bagi saya, fesyen adalah kreativiti yang dapat di ceritakan melalui gaya pakaian. Saya memilih Levi’s®️ women’s graphic ringer mini t-shirt sebagai asas, yang dipadankan bersama Levi’s®️ women’s andy tech jacket dan women’s ankle column skirt. Dan untuk sentuhan akhir, saya mengayakan bersama women’s decorative buckle belt sebagai aksesori. ” – Ed
“Ada hari di mana saya ingin terlihat santai namun tetap bergaya, dan hari itu tiba dengan sempurna apabila saya padankan Levi’s®️ women’s apron overalls bersama dengan women’s graphic classic tee dari Levi’s®️. Sebagai pelengkap, saya gayakan dengan Levi’s®️ women’s housemark logo cap untuk menambahkan elemen yang menarik pada gaya saya – Eqa
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Meraikan 150 Tahun Levi’s® 501®