Diinspirasikan dari Horbour House di Copenhagen, Skagen mahu anda gayakan jam tangan penuh warna, ringkas tetapi ranggi untuk penggayaan harian menerusi koleksi musim panas Aaren Kulor #SKAGENincolor.
Fesyen dan warna semestinya jadi dua perkara yang tidak boleh dipisahkan, apa sahaja warna yang digayakan adalah gambaran mood juga aura yang menyerlahkan personaliti. Jam tangan kelahiran Denmark ini mengajak anda menerokai plihan warna terang yang meniupkan ekspresi riang dan mahu mencipta pengalaman pengaayaan yang lebih stylish! Masih mengekalkan rekaan gaya klasik dan ringkas, Skagen panjangkan rangkaian koleksi jam tangan serba warna warni dengan Aaren Kulør.
Memiliki struktur rekaan kemas tetapi teguh dengan bingkai jam tangan jenis aliminium, setiap utas jam tangan koleksi Aaren Kulør ini hadir dengan dua jenis saiz; 41mm dan 36mm mengikut kesesuaian penggayanya dan sesuai digayakan baik perempuan mahupun lelaki. Memamparkan ciri-ciri sofistikated dan chic, muka jam tangan edisi musim panas 2019 ini tampil dengan indeks bernombor, bersama jejak saat di bahagaian bawah. Rekaannya tampak minimalis dan sesuai dipadan bersama apa sahaja pakaian.
Dicipta buat anda yang memiliki jiwa muda! Jam tangan ini juga hadir dengan tekstur tali jenis silikon dalam dua saiz; 20mm dan 16mm. Skagen mahu anda rasai pengayaan yang tahan lasak, mudah dijaga dan bersahaja bila digayakan ke mana sahaja. Meneroka jiwa dan gaya yang lebih bertenaga, koleksi ini juga tampil dengan lima pilihan warna neon yang semestinya menarik perhatian ramai dan lima lagi koleksi baharu ispirasi dari rumah bersejarah Harbour House Compenhagen yang menampilkan warna pop; merah, jingga, kuning, biru terang dan biru muda.
Himpunan ini boleh dimiliki di Parkson Pavilion, Parkson Mahkota, Parkson Ipoh, Parkson Nu Sentral, Aeon Midvalley atau secara atas talian di Zalora dan Lazada pada harga RM470. Oh ya usah lepaskan peluang untuk memenagi set figurin Hoptimist® bobblehead semasa pembelian, klik di sini untuk sertai! (peraduan sah sehingga 31 Ogos 2019)