“Each look will be an exaggeration of our view of who each of the women is”
Setiap gaya yang dipentaskan musim ini tampil dengan rekaan dan alunan yang cukup berkarekter, anda boleh lihat setiap model melangkah keluar bersama balutan dalam pelbagai jenis tekstur dan teknik layering pula menghidupkan lagi mood dan pesona setiap dari mereka . Anda boleh dapat lihat fabrik dan corak yang diketengahkan direka dengan keunikan yang tersendiri dan apa yang dibariskan di atas pentas peragaan seolah-olah melengkapi sesama sendiri, seterusnya menyempurnakan himpunan musim luruh sejuk tahun ini.
Proses semasa menjalankan pementasan peragaan musim sejuk ini juga unik, Marc Jacobs menghasilkan setiap pakaian mengikut mood dan personaliti peragawati antaranya adalah Karlie Kloss, Gigi Hadid, Naomi Chin Wing, Kia Geber dan ramai lagi.
“They’re all very beautiful but they’re all different. We have 40 girls and each one is slightly different…Our vision of who each of these women are.” - Marc Jacobs
Kot, mantel dan gaun yang ringan dan beralun adalah antara highlight buat musim ini dan bersepadan dengan helaian haute couture, Marc Jacobs mahu koleksi ini tampil selangkah lebih ‘ekstra’ dengan menghasilkan dres dan pakaian yang sarat bersama sulaman dan rekaan yang cukup terperinci.