Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: TPGVIP
Sebut sahaja nama Kim Kardashian, rata-rata mengetahui nama besar dalam industri hiburan ini. Tapi sejak kebelakangan ini, adik kepada Kim, Kendall Jenner semakin mencuri tumpuan dengan karier modeling-nya yang melangkau sehingga pentas pertunjukan Chanel!
Kendall yang mula diperkenalkan melalui siri realiti Keeping Up With The Kardashians merupakan anak hasil perkahwinan ibu Kim serta ayah Kendall, Bruce Jenner. Berbanding kakak-kakaknya, Kendall dikategorikan sebagai seorang yang pemalu dan pendiam.
Hasrat Kendall untuk menjadi seorang model bukanlah rahsia pabila ianya jelas ditonjolkan dalam siri realiti tv keluarga mereka. Semasa umurnya mencecah 14 tahun, Kendall mengikat kontrak dengan agensi model Wilhelmina yang merupakan antara agensi model paling berpengaruh didunia.
Kendall memulakan karier modeling-nya dengan menjadi wajah kempen Forever 21. Kariernya lebih terarah kepada model komersial dengan menyertai kempen dan pentas peragaan Sherri Hill iaitu jenama khas bagi gaun prom dan ratu cantik. Dia juga menghiasi majalah OK! serta muka depan Teen Vogue.
Gambar: TPGVIP
Kini semua itu berubah pabila Kendall dilihat berjaya menembusi pasaran high fashion. Mencecah umur 18 tahun, Kendall dilihat memiliki karakter seorang model high fashion dengan rupa paras wajah yang cantik, striking, kurus serta tinggi lampai membuatkan karier modeling-nya melonjak naik dikalangan fesyen mewah.
Kendall membuat kejutan pabila muncul di pentas pertunjukan fesyen Marc Jacobs di New York Fashion Week awal tahun ini. Muncul dengan imej rambut bob serta kening warna luntur, dia bagai mendapat transformasi high fashion yang lari dari imej kebiasaanya. Tidak cukup dengan itu, Kendall sekali lagi membuat kejutan pabila muncul di pentas peragaan Givenchy dan Chanel di Paris Fashion Week. Berkongsi pentas dengan Cara Delevigne yang merupakan fashion it-girl waktu ini manandakan Kendall sebaris dengan golongan fesyen elit.
Gambar: TPGVIP
Selain itu, Kendall turut muncul untuk sesi editorial vogue.com serta majalah berprestij seperti Vogue Paris, W dan Interview. MET Gala yang lalu menyaksikan Kendall memperagakan gaun Topshop bersama Jourdan Dunn, Chanel Iman dan Toni Garrn. Terbaru, Kendall memperagakan Chanel 2014 Fall-Winter semasa Paris Haute Couture Fashion Week, bakal muncul sebagai muka depan majalah LOVE serta Teen Vogue, dan menghiasi kempen Givenchy Fall/Winter.
Ternyata tahun 2014 merupakan tahun yang penuh transformasi buat kerjaya fesyen Kendall. Dan sudah semestinya akan lebih banyak fashion moment menanti gadis cantik ini.