Bergaya dan selesa sudah jadi satu perkara yang sukar untuk dikecapi, terutamanya buat wanita On-The-Go yang tidak boleh terlepas dari kesibukan dan sentiasa mengejar masa dalam mengurus hal kerjaya juga keluarga. Mujur Triumph tampil dengan pakaian dalam yang bakal mengurangkan beban wanita hari ini dengan pemakaian yang seemless dan selesa sepanjang hari!
Sudah menghasilkan pakaian dalam lebih 130 tahun, jenama pakaian dalam terkenal ini sudah jadi jenama pilihan ramai atas dasar keselesaan dan rasa seperti pemakaian pakaian dalam yang primium. Telah menghasilkan pelbagai jenis rekaan yang cukup menawan jenama besar pakaian dalam ini mahu melebarkan lagi rangkaiannya dengan satu jenis pakaian dalam yang selesa dan melekap sempurna buat kesemua jenis tubuh badan dan semestinya selesa dengan Fit Smart.
RINGKAS DAN SELESA
Menerusi rangkaian istimewa ini Triumph mahu anda rasai pemakaian baju dalam yang ringkas dan minimal tetapi membekalkan rasa selesa yang maksima. Ini semuanya terhasil dari teknologi ‘4D engineering stretch lace’ dan ‘4D stretch foam cups’ yang bakal memberi pengalaman pemakaian yang selesa tidak kira apa sahaja saiz tubuh dan payu dara. Bra tanpa dawai ini juga menampilkan tali elastik yang boleh di diselaraskan bersama 4-hook fastening untuk beri lebih kebebasan untuk anda memakainya.
Menampilkan keselesaan dan sokongan yang sempurna, baju dalam ini juga tampil dengan fabrik jenis knit yang menyokong postur dada anda supaya lebih nampak terbentuk. 4D stretch foam pads yang didatangkan bersama pula dihasilkan tepat untuk kesemua saiz dan bentuk payu dara begitu juga side sling yang memberi sokongan tambahan dan tampak lebih seimbang.
Bersama hasil kemasan yang seemles, pakaian dalam ini tampil dalam lima pilihan warna antaranya Nude Beige, Black, Sweet Green, Terracotta dan Wedgewood Blue, semestinya jadi pakaian dalam yang ideal digayakan setiap hari. Untuk terokai lebih lanjut, kunjung butik dan kedai Triumph berdekatan anda di sini, atau secara atas talian di Triumph.com juga di media sosial Instagram :@triumphlingerie dan Facebook : triumphMY