Melihat kepada kempen terbaru “PUMA CALI Remix” yang menampilkan Selena Gomez dalam kolaborasi ini, ia seolah memanggil nostalgia retro klasik era 80-an kembali merentasi industri fesyen musim panas ini.
Lebih menarik, menerusi foto kempen terbarunya, Selena kelihatan bergaya seakan gadis California dalam persalinan serba ringkas bersama sepasang sneaker berwarna krim dengan percikan rona merah jambu.
CALI Remix yang menampilkan penyanyi “Love You Like A Love Song” ini tampak klasik pabila koleksi sneaker ini didatangkan dengan pelbagai warna serta reka bentuknya yang sangat fleksibel.
Diilhamkan daripada gaya retro “California Girl Vibes”, tidak hairanlah Selena yang sentiasa menjadi ikutan para pengikutnya tampak segar dengan koleksi CALI Remix menjelang musim panas ini.
Perlu diingatkan bahawa kolaborasi ini bukanlah kerjasama pertama Selena bersama PUMA. Sebelum ini penyanyi berusia 27 itu muncul melangkaui jangkaan menerusi pelancaran kasut wanita, “PUMA Defny” yang direka khas berteraskan kebangkitan.
Untuk rekod, Selena yang juga pemenang Anugerah Kolaborasi Terbaik menerusi lagu “It Ain’t Me” bersama Kygo di Radio Disney Music Awards 2018 telah bekerjasama dengan syarikat multinasional utama Jerman ini sejak tahun 2018.
Jadi, buat penggemar fesyen retro, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi CALI Remix ini di laman web rasmi PUMA.com serta di seluruh outlet terpilih pada harga RM449.00 bermula 15 Ogos ini.