Acara penganugerahan tahunan Hollywood, Grammy Awards yang dinantikan ramai kini kembali dengan karpet merah yang dibanjiri kehadiran selebriti ternama dengan penampilan yang cukup mewah dan versatil. Siapa yang paling gah sekali?
Dari Lady Gaga ke Miley Cyrus, hamparan merah acara Grammy 2018 yang dihoskan oleh James Corden pada Ahad, 28 Januari (waktu New York) nyata glamor dan menakjubkan.
Anugerah Grammy kali ke-60 ini telah berlangsung di Madison Square Garden di New York City, yang mana buat pertama kalinya ia diadakan di luar Los Angeles.
Tidak hanya gemerlapan dengan barang kemas mewah semata, malah aksesori utama pada malam tersebut adalah bunga ros putih yang menjadi tanda solidariti akan pergerakan Time’s Up.
Antara ramai, siapa selebriti yang paling bergaya kala menghadiri acara Grammy kali ini? EH! himpunkan di rencana ini. Klik seterusnya.
Lady Gaga (Armani Privé)