Februari bakal menjelang, itu tandanya hari merai cinta juga semakin menghampiri. Swarovski ada himpunan istimewa untuk anda jadikan bingkisan buat yang tersayang, hadiahkan diri sendiri pun apa salahnya.
Bold and beautiful, itulah yang boleh saya simpulkan tentang koleksi aksesori yang direka khusus jenama kristal tersohor dunia, Swarovski sempena meraikan ketibaan bulan cinta atau Valentines. Sekali imbas melihat kempennya kita tahu koleksi ini mungkin sedikit berbeza dari himpunan ‘cinta’ biasa yang lazimnya ditonjolkan dalam gaya ringkas.
Istimewa untuk koleksi ini, Swarovski menyempurnakannya dengan tiga himpunan berbeza yang meresapi inspirasi berbeza namun masih lagi mengetengahkan ilham berkaitan perlambangan kasih sayang.
Volta dan Matrix, dua koleksi yang melengkapkan himpunan bulan cinta yang menjerit definisi bold and beautiful.
Volta, berilhamkan reben yang sering saja dijadikan perlambangan cinta.Bagi saya ia satu idea yang menarik kerana reben itu sendiri lembut, dijadikan finishing touch pada bingkisan, dan busan-busana wanita juga dari dulu diserikan dengan reben. Salah satu yang jadi kesukaan saya ialah rantai yang berhias loket berinspirasikan reben dan di hujungnya terjuntai batu kristal merah jambu pekat. Bagi yang muda, mahukan sesuatu bernafas edgy, loket dengan perkataan ‘LOVE’ pada lengkungan reben juga boleh dipertimbangkan.
Matrix pula menonjolkan bentuk hati, pilihan buat yang setia dengan gaya klasik. Gaya sebegini memang popular dan ada yang merasakan tidak lengkap cinta tanpa ‘hati’.
Himpunan eksklusif ini datang dengan tiga himpunan iaitu Volta, Matrix dan Una. Lari dari imej cinta bersifat tipikal, kempen bulan cinta Swarovski tampil bold dan tambah bersinar dengan pancaran tatahan kristal pada aksesorinya, dari rantai leher sempurna berloket, cincin ke anting-anting. Tidak terhad buat wanita semata, koleksi ini juga dilengkapi dengan pilihan aksesori buat lelaki.
Koleksi ini sudah pun berada di butik Swarovski dan anda juga boleh milikinya menerusi laman dalam talian mereka di SINI!