Teks : Razin Mohd
Mencari hadiah kala musim percutian merupakan satu pengalaman yang mengujakan, terutamanya jika koleksi baharu Swatch X You! menjadi pilihan anda.
Apa yang dimaksudkan dengan hadiah yang lebih personal? Pastinya sebuah bingkisan yang dipercikan elemen peribadi pemberi atau penerima. Itu yang membuatkan satu-satu hadiah itu cukup istimewa dan eksklusif.
Selama lebih dari 34 tahun Swatch telah menghasilkan jam tangan yang cukup inovatif dengan rekaan yang pelbagai mengikut trend dan arus fesyen semasa. Mengenali jenama jam tangan yang berasal dari Switzerland ini anda mesti tahu bahawa rekaan yang dihasilkan tampil sesuai buat kesemua kategori personaliti, jantina dan juga usia.
Hari ini Swatch tampilkan koleksi jam tangan yang boleh dikatakan diluar kotak pemikiran yang mana anda kini boleh menghasilkan jam tangan sendiri agar ia tampil lebih personal sama ada untuk dipakai sendiri mahupun dijadikan bingkisan buat insan tersayang.
DESIGN YOU OWN/OWN YOUR DESIGN