Ameera Khan menjalin kolaborasi debut bersama BONIA, konsep bakeri diterjemahkan 360 darjah, dari rekaan tas tangan hingga ke foto dan video kempen #BONIARAYA.
Berlatarkan melodi lagu ‘Bujang Lapok’ karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, terlihatkan sosok tubuh influencer fesyen terkenal, Ameera Khan sedang sibuk dengan senduk dan mangkuk mengadun bahan pastri. Di hujung cerita muncul tas tangan dari ketuhar, siap sedia untuk digayakan. Itulah sinopsis ringkas tentang kempen koleksi terbaru BONIA sempena menjelangnya Syawal tahun ini.
#BONIARAYA menyaksikan kolaborasi sulung BONIA bersama Ameera Khan, dan Ameera sendiri cukup teruja dengan gabungan ini. Malah pemilihan Ameera juga dilihat sepadan dengan konsep keseluruhan kempen yang mula dilancarkan 1 April lalu.
“Kami mahu mencari keseimbangan antara apa yang audiens gemari dan apa juga mesej yang relevan dengan kelompok muda seusia Ameera, jadi dari situ kami hasilkan satu koleksi yang berinspirasikan pastri, terilham daripada budaya kafe yang sangat sinonim dengan generasi masa kini, “ jelas Jonathan Liang, pengarah seni BONIA.
Ilham pastri dan budaya kafe itu tidak terhenti setakat pada ilham untuk beg-beg tangan koleksi ini semata, ia turut dipanjangkan ke set penggambaran juga prop mahupun jalan cerita kempen terbaru jenama yang mula diperkenalkan pada tahun 1974 ini.
KOLEKSI #BONIARAYA
Himpunan BONIA sempena kedatangan Syawal kali ini tampil chic. Saya sungguh sukakan Croissant Bag yang hadir dalam dua saiz iaitu Croissant Crossbody Bag dan Croissant Crossbody Bag Small yang disajikan dalam pelbagai pilihan warna seperti Magma, Butter, Nero, Red Glow, Magma Orange, Living, Golden Harvest dan Pink Clay. Saya percaya cambahan warna ini adalah satu cara untuk mempelbagaikan pilihan untuk disesuaikan dengan pelbagai helaian Raya tidak kira kurung, kebaya mahupun sesuatu gaya yang lebih kontemporari.
Koleksi ini juga mengetengahkan Crystal Venice Petite, beg mikro yang diperincikan dengan tatahan kristal berkilauan. Tahun ini BONIA hadirkan 11 buah sahaja tas tangan Crystal Venice Petite dan tampil dalam dua pilihan warna iaitu Talam Blue dan Kismis Purple.
‘QUICK CHAT’ BERSAMA AMEERA KHAN
Boleh ceritakan pengalaman berkolaborasi dengan BONIA?
Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan BONIA, dan ini juga merupakan kolaborasi terbesar saya dengan mana-mana jenama tempatan. Saya sangat teruja dan pengalaman bekerja dengan mereka sangat menyeronokan, mereka betul-betul memahamai dan memenuhi keperluan saya.
Apa yang menarik tentang kempen ini dan secara ringkasnya bagaimana kolaborasi ini menyatukan Ameera dan BONIA?
Konsep bakeri itu sendiri sudah memperlihatkan persamaannya. Saya memang penggemar pastri. Dalam sehari pasti ada sekurang-kurang satu jenis pastri yang saya makan. Konsep ini bagi saya sangat menarik dan comel!
Ceritakan tentang pengalaman menyiapkan kempen bersama BONIA ini?
Ia sangat berbeza dengan apa yang biasa atau pernah saya lakukan sebelum ini. Sangat fun dan betul-betul kreatif. Kami berkampung di set penggambaran lebih kurang tujuh jam, merakamkan gambar juga video.
Ameera tahu bagaimana membuat pastri?
Tak tahu, hahaha!
Dalam banyak-banyak beg dalam koleksi terbaru ini, yang mana satu jadi kesukaan?
Saya sukakan Croissant Bag, bagi saya rekaannya sangat versatil dan sesuai dengan penampilan raya. Saya juga sukakan Crystal Venice Petite yang saya gayakan hari ini.
Saya tahu Ameera adalah seorang ‘morning person’, jam berapa Ameera tidur?
Tidak kira jam berapa saya tidur saya akan tetap bangun awal pagi. Itu sudah jadi kebiasaan.
Sajian sarapan kesukaan Ameera?
Saya sukakan sourdough bersama peanut butter. Makan bersama kopi kesukaan saya, flat white.
Bagaiman dengan sambutan Ramadan tahun ini?
Jika mahu dibandingkan dengan tahun lalu, apa yang saya kerjakan saya rasa seperti menunaikan umrah. Tahun ini saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri, saya lakukan amalan mengikut kemampuan.
Bagimana pula dengan sambutan Aidilfitri, apa perancangannya?
Saya akan meraikan bersama kelaurga di Kuala Lumpur sahaja, dan mungkin kami akan ke pulau untuk bercuti.
Ada sebarang tip penggayaan untuk Raya?
Penampilan raya setiap tahun sangat ringkas dan saya lebih senang menggayakan baju yang longgar supaya saya boleh makan banyak (ketawa). Selalunya saya elakkan memilih warna putih, namun tahun ini saya akhirnya membuat keputusan untuk memakai baju putih.
Pilihan tas tangan Ameera untuk lebaran nanti?
Saya sukakan Croissant Bag, dan semestinya mahu menjinjing Crystal Venice Petite, saya mahukan warna ungu.
Juadah raya kesukaan Ameera?
Saya suka Nasi Dagang yang Mama sediakan. Makan bersama ayam kuzi. Jika kuih pula saya sukakan Almond London.
Himpunan Raya BONIA ini boleh dimiliki di stor BONIA dan juga secara dalam talian di BONIA.COM