Himpunan musim luruh 2021 di Braun Büffel menjengah pada gaya kontra dengan ciptaan berunsur infinity.
Sudah setahun lebih kita hidup dalam persekitaran yang sama, tidak boleh keluar dari rumah atau kawasan tempat tinggal. Mahu rentas negeri juga punya aturan yang ketat. Tapi jangan letakkan ini sebagai alasan untuk kita tidak terus berimaginasi. Ia sesuatu yang percuma! Situasi ini yang membuahkan idea kepada Fabio Panzeri, Pengarah Kreatif Braun Büffel. Dia mahu kita terus berimaginasi mendapatkan sesuatu luar daripada aliran yang biasa. Lantas, pucuk misi buat koleksi terbaru berkisar Micro/Macro.
Himpunan Micro/Macro di Braun Büffel digubah dengan perspektif yang kontra. Panzeri mendekati teknik Metamodernism yang mana ia menggabungkan material mewah Itali dengan seni ketukangan Jerman. Juga, dipersembahkan dalam gaya klasik yang dihembus gaya moden. Ia menzahirkan rekaan barang yang dikira bertentangan dengan idea stail sekarang. Penekanan diberikan pada pemilihan tekstur material juga palet yang bersifat kontemporari.
BEG YANG MENGEMBALIKAN KEGIRANGAN!
ATHENA memadukan rekaan geometri dengan seni binda dan tercipta item yang simetri dan harmoni. Menambah kontras pada beg ini adalah perincian hardware. Pemegang beg direka membulat mencipta elemen lebih pop pada beg.
VISAGE mendapat idea daripada trend muzik Itali pada dekad 80-an. Genre muzik pop ini mencipta ritma fabulous 80s. Esen rona yang psikedelik mampu menaikkan seri gaya menjadi lebih statement!
KENDRIX pula mengetengahkan citra kontemporari serta terus meraikan seni ketukangan kraf yang boleh digayakan setiap hari. Estetik utulatiran pada beg ini memudahkan aktiviti harian.
OPHELIA mempunyai karakter yang baru bersama dengan konstruksi icon Braun Büffel yang lebih segar. Rekaannya berpaksi pada idea utama musim luruh 2021.
CATE digubah dengan personaliti yang elegan, menjadi item utama buat koleksi wanita. Estetik geometri diideakan daripada Art Deco. Palitan rona yang bold menjadikan ia kekal sebagai hot item!
URANIA sesuai buat mereka yang mempunyai karakter effortless chic. Beg yang menepati gaya harian memberi inspirasi kepada wanita untuk menggayakannya mengikut pilihan peribadi.
THALIA mendapat wajah baharu dengan rekaan lebih anggun dan elegan tetapi kekal dengan siluet bercitra senibina. Kombinasi rona block yang asimetri nampak lebih bold. Senang digayakan dari siang hingga ke acara malam.
#BraunBuffel #BBWorld