Tampil dengan gaya fesyen lapangan terbang daripada jenama fesyen Burberry yang seakan, penampilan superstar Thailand, Bright Vachirawit dan bintang global Korea, Jun Ji-Hyun raih perhatian!
Burberry telah mengangkat Bright Vachirawit dan Jun Ji-Hyun secara rasmi sebagai duta jenama rumah fesyen mereka tahun lalu. Tidak disangkal lagi, penampilan fesyen dari selebriti antarabangsa, terkadang menjadi fenomena dikalangan peminat. Dan sudah pastinya, antara ‘fashion look’ yang paling digemari adalah fesyen lapangan terbang, atau lebih sering didengari sebagai airport fashion look.
Fesyen lapangan terbang selebriti antarabangsa pasti akan sentiasa menjadi tarikan utama para peminat. Baru-baru ini, dua figura global ini telah tampil dengan gaya fesyen lapangan terbang yang seakan sama. Dan semestinya, mereka memilih untuk menggayakan pakaian dan aksesori daripada Burberry, sebagai penampilan utama mereka.
Bright Vachirawit
Bright Vachirawit atau mudah disapa sebagai Bright, merupakan bintang terkenal dari Thailand. Mula dikenali daripada peranan utamanya dalam drama F4 Thailand: Boys Over Flowers, Bright kini semakin menjadi kegilaan ramai. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik, tetapi Bright juga merupakan seorang yang versatil!
Superstar Thailand ini telah memilih untuk menggayakan kot panjang Burberry, Kensington Heritage Trench Coat. Gaya Bright turut dipadankan bersama dengan Wide Leg Wool Twill Trousers. Penampilan Bright di Hong Kong International Airport terlihat ringkas, tetapi masih bergaya.
Jun Ji-Hyun
Pernah menjadi bualan ramai dan fenomena suatu masa dahulu, siapa yang tidak kenal dengan selebriti dari Korea Selatan ini. Digandingkan bersama bintang terkenal, Lee Min-Ho sebagai teraju utama dalam drama Legend Of The Blue Sea, Jun Ji-Hyun atau juga dikenali sebagai Gianna Jun, turut tampil menggayakan pakaian dari jenama rumah fesyen Burberry.
Bintang Global itu telah hadir dengan memilih Camden Heritage Trench Coat dalam kod bewarna Honey, untuk digayakan di fesyen lapangan terbangnya, di Incheon International Airport. Turut tampak menggayakan dua gabungan aksesori dari Burberry, iaitu Vintage Check Boucle Small Lola Bag dan Vintage Check Bucket Hat bewarna kuning air, bagi melengkapi lagi penampilannya.
Artikel Berkaitan: Empat Model Oriental Terhangat Bintangi Kempen Tahun Harimau Burberry