Mahukan memudahkan peminatnya untuk bergaya seakan dirinya, Kim Kardashian West tampil melancarkan debut rangkaian cermin mata hitam yang menjadi kesukaannya.
Ikon kecantikan yang boleh dikatakan sebagai trendsetter, Kim Kardashian West kali ini bekerjasama dengan satu jenama cermin mata dari Eropah, Carolina Lemke dalam menghasilkan koleksi tujuh cermin mata hitam dengan vibes 90-an, ala sci-fi.
Pada mulanya, Kim mengenali rekaan jenama Carolina Lemke sewaktu dia bertemu dengan seorang rakannya serta supermodel, Bar Rafaeli.
“Kami berbual dan dia (model) tersebut berkongsi cerita akan komersial yang dia lakukan bersama jenama tersebut dan saya ia agak cool dan fun,” kata Kim kepada PEOPLE.
Kemudian selepas duduk bermesyuarat bersama kumpulan Carolina Lemke, mereka mengambil keputusan yang mana tiada cara lain lebih baik untuk memperkenalkan jenama itu ke pasaran Amerika Syarikat daripada berkolaborasi dengan Kardashian West yang mana juga seorang pelabur di dalam jenama itu.
“Saya sangat teruja dengan kolaborasi itu kerana kami dapat bekerja menghasilkan rekaan cermin mata hitam yang saya mahukan dari awal sampai ke habis. Ia satu proses yang sangat fun sewaktu melihat bagaimana cermin mata hitam dicipta,” tambahnya lagi.
View this post on Instagram
Coming soon. Follow my vision with @carolinalemkeberlin CarolinaLemke.com ? @mertalas @macpiggott
A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on
Sebelum ini, pabila tiba di tahap untuk memilih bentuk, saiz dan rona akan cermin mata hitam yang dia selalu inginkan, ia amat sukar.
“Segala yang saya mahukan tidak ada di luar sana berjaya kami hasilkan. Saya sangat gembira pabila melihat hasilnya,” katanya tentang cermin mata hitam tersebut yang mana bercirikan pelbagai rona kanta gelas dan pelbagai bentuk dengan aura sporty.
Yang paling penting, Kim mahu memastikan harga setiap cermin mata hitam koleksinya itu hanya pada USD90 demi untuk memastikan peminat-peminatnya mampu memilikinya.
View this post on Instagram
Tempest Sunglasses dropping April 2 CarolinaLemke.com #ONSIGHT
A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on
“Saya mahukan sesuatu yang tidak terlalu murah kerana saya inginkan kualitinya yang terbaik tetapi kemudian saya mahukan ia mudah untuk peminat saya dapatkan,” katanya.
“Saya sememangnya memakai pakaian berjenama yang mahal, tetapi ada kala saya juga sukakan konsep tinggi-rendah, seperti hari sebelum ini saya menyarung jaket Chanel bersama seluar American Apparel. Saya tidak pernah takut untuk melakukannya.”
Dengan usaha untuk menyebarkan berita tentang pelancaran koleksi kaca mata itu, Kim telah pun menghantar beberapa kotak yang mengandungi tiga mannequin yang menyerupai dirinya bersama sepasang cermin mata hitam yang diletakkan di atasnya kepada kawan rapatnya, keluarga dan influencer serta media.
View this post on InstagramCarolinaLemke.com 4.2.19 #Lemke_Partner
A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on