Perkahwinan Dove Cameron dan Damiano David di Tuscany, Itali bukan sahaja mencuri perhatian kerana kisah cinta mereka, malah persalinan pengantin perempuan dan lelaki turut menjadi tumpuan!
Dove tampil dengan beberapa persalinan sepanjang hujung minggu perkahwinan, semuanya cukup glamor dan penuh karakter. Untuk upacara sivil di Montalcino, bintang Descendants itu memilih sut pengantin Giorgio Armani berwarna ivory, lengkap dengan cape labuh dramatik. Ringkas tetapi tetap ‘wow’!
Giorgio Armani

Kemudian, Dove bertukar gaya untuk makan malam dengan gaun Blumarine yang lebih playful, sebelum tampil dalam sut Alberta Ferretti untuk majlis alu-aluan.
Blumarine

Alberta Ferrett

Tidak cukup dengan itu, dia menutup malam dengan gaun mini Roberto Cavalli bertabur manik dan labuci, memang sesuai untuk menari sampai lewat malam!
Roberto Cavalli
Namun, persalinan yang paling mencuri perhatian tentunya gaun pengantin Valentino yang dipakainya untuk upacara utama. Rekaan Alessandro Michele itu hadir dengan siluet lembut dan romantik, lengkap dengan veil sepanjang empat meter yang dihiasi kristal serta manik membentuk buruj bintang. Cantik dan cukup ‘celestial’!
Valentino
Damiano pula memilih gaya yang lebih klasik tetapi tetap bergaya. Untuk upacara sivil, vokalis Måneskin itu segak dalam sut ivory double-breasted Giuliva Heritage. Ketika majlis alu-aluan, dia tampil dalam rekaan Valentino berupa jaket krim, seluar navy dan foulard burgundy.
Giuliva Heritage

Valentino


Untuk hari besar, Damiano memilih sut tiga helai Giorgio Armani yang klasik dan kemas. Penampilannya dilengkapkan dengan kerongsang serta cufflink Bvlgari dan jam tangan Audemars Piguet.
Giorgio Armani

Baca: Legendary Lovers : Kisah Cinta David Damiano dan Dove Cameron






