Teks : Muzammin Muzlan
Bekas pengarah kreatif Givenchy, Riccardo Tisci akan menggantikan tempat Christopher Bailey bermula 12 Mac 2018.
Label ikonik United Kingdom, Burberry mengejutkan dunia fesyen semalam dengan mengumumkan Riccardo Tisci sebagai pengarah kreatif baharu mereka menggantikan Christopher Bailey. Christopher Bailey meninggalkan rumah fesyen itu selepas 17 tahun berkhidmat di Burberry setelah mementaskan koleksi terakhirnya bulan lalu.
Riccardo Tisci telah menyandang jawatan pengarah kreatif Givenchy selama lebih sedekad. Antara yang paling berbakat, dia akan berhijrah dari Paris ke kota London dan akan mengetuai jentera kreatif untuk semua koleksi. Koleksi pertamanya akan dipentaskan pada September 2018.
“I am honoured and delighted to be joining Burberry as its new chief creative officer and reuniting with Marco Gobbetti. I have an enormous respect for Burberry’s British heritage and global appeal and I am excited about the potential of this exceptional brand,” menurut penyataan di akaun Instagram peribadinya.
https://www.instagram.com/p/BfxkTLAH1KO/?hl=en&taken-by=riccardotisci17