Burberry meraikan ulang tahun ke-170 tahun dengan melancarkan kempen yang cukup istimewa- ‘170: The Anniversary Portraits’.
Bila menyebut Burberry, apakah perkara pertama yang terbayang di minda? Kalau saya, trench coat dan juga corak genggangnya. Bagi saya dua ini amatlah ikonik. Biarpun sudah melebihi satu abad usianya, dua hal ini masih terus sinonim dengan rumah fesyen Britain ini.
Tahun ini Burberry meraikan ulang tahun ke-170, satu jangka hayat yang amatlah panjang. Dan semestinya usia sepanjang ini harus disambut dengan sesuatu yang istimewa dan juga ikonik.
Daniel Lee, pengarah kreatif bersama-sama pasukan kerja Burberry melancarkan ‘170: The Anniversary Portraits’, yang kesemua potret ini menampilkan outerwear Burberry dalam pelbgaia rekaan dan gaya pemakainan.
Sejak awal lagi, cuaca di Britain menjadi inspirasi utama Thomas Burberry dalam menghasilkan rekaan pakaian luar yang bukan sahaja melindungi, malah mempunyai fungsi tersendiri. Dari rutin harian hinggalah ke ekspedisi mencabar, outerwear sentiasa menjadi tunjang utama dalam naratif Burberry. Direka berpaksi kepada fungsi, helaian ini kini membawa nilai peribadi yang cukup mendalam merentasi generasi.
“Selama 170 tahun, outerwear kami sentiasa berubah mengikut cuaca dan cara kita bergaya,” kata Daniel Lee.
“Setiap potret menampilkan kelainan, namun secara keseluruhannya, ia merakam keunikan identiti dan ekspresi diri setiap individu.” Mendapat sentuhan fotografi daripada Jack Day serta filem arahan Hector Aponysus, kempen ini menghimpunkan seramai 170 individu dari kota London, New York, Seoul, dan Shanghai, sekali gus menawarkan perspektif unik untuk 10 gaya outerwear Burberry.
Mengambil inspirasi daripada kempen ‘Art of the Trench’ pada tahun 2009, potret-potret ini berlatarkan jalanan kota yang menjadi rumah mereka, memamerkan bagaimana sehelai pakaian yang sama mampu menonjolkan karakter berbeza mengikut gaya si pemakai.
Menariknya, kempen ini menggabungkan penduduk tempatan yang dipilih terus dari jalanan bersama personaliti hebat daripada dunia seni, sastera, sukan, dan muzik.
Antara wajah yang memeriahkan kempen ini termasuklah Crush, Jamie Lloyd, Lila Moss, Lisa Love, Nico O’Reilly, OG Anunoby, Ruthie Rogers, Tan Yuanyuan, Xin Shuang, dan Yeonkoung Kim, selain barisan warga kerja setia global Burberry sendiri.
KOLEKSI PELENGKAP KEMPEN 170 TAHUN
Sebanyak 10 rekaan outerwear menjadi bintang utama dalam ‘170: The Anniversary Portraits’, menampilkan kepelbagaian bentuk, fabrik, dan gaya suai padan mengikut cuaca.
Antaranya ialah Long Kensington Heritage Trench Coat & Long Waterloo Heritage Trench Coat: Menjadi pelengkap Heritage Collection jenama ini. Rekaan Kensington tampil lebih berstruktur dengan potongan lengan set-in, manakala Waterloo pula menawarkan garisan yang lebih lembut dengan potongan classic fitbersama raglan shoulders.
Melengkapkan lagi koleksi ini ialah miid-length Camden Heritage Car Coat: Pilihan buat kaum lelaki yang gemarkan gaya minimalis dan understated – hadir dengan rekaan single-breasted dan butang tersorok.
Tidak lengkap tanpa kot trench ikonik Burberry. Kekal menjadi item pelengkap gaya paling signifikan sepanjang zaman.








