Shakira dan Madonna antara penyanyi yang membuat persembahan separuh masa yang pertama kali diperkenalkan di kejohanan Piala Dunia 2026. Kumpulan pop Korea Selatan, BTS dan Justin Bieber antara bintang lain yang memeriahkan acara ini.

Perlawan akhir yang berlangsung di MetLife Stadium, New Jersey itu juga menyaksikan rantaian persembahan yang menghiburkan biar pun ada yang mempersoalkan apa keperluan half-time show ini. Shakira hadir membuat persembahan dengan gaun pancawarna ilham Roberto Cavalli. Gaun terbelah di bahagian dada ini bersinar dengan taburan lebih 200 ribu butir batu kristal Swarovski. Busana Shakira yang mempersembahkan lagu ‘Dai Dai’ diperindah dengan kristal dalam ton merah jambu dan jingga dan mengambil masa 120 jam untuk disiapkan.
Madonna yang sedang dalam rangka promosi album ‘Confession II’ juga mencuri perhatian. Dalam busana athleisure chic dari Saint Laurent, ratu pop itu melengkapkan penampilannya dengan rantai dari koleksi Millenia. Madonna juga mengenakan anting-anting yang direka khas Swarovski. Malah, busana barisan penari pengiring Madonna juga tampil berkilauan dengan butiran kristal Swarovski. Madonna mempersembahnkan lagu ‘Music’ yang dari album yang menggunakan tajuk yang sama.
“Millenia menyerlah sebagai satu ekspresi yang sangat lantang, satu suai padan yang sama hebatnya dengan Madonna, seorang artis yang terus berpengaruh dan membentuk budaya merentasi pelbagai generasi. Ini adalah satu penghormatan untuk kami menjalin kolaborasi dengannya menerusi aksesori Swarovski,” kata pengarah kreatif global Swarovski, Giovanna Engelbert.

Kolaborasi jenama aksesori yang berpusat di Austria ini membuktikan Swarovski adalah satu jenama yang terus relevan dan punya pengaruh besar dalam budaya pop dunia.
Sepanyol secara rasminya menjulang Piala Dunia apabila menewaskan pasukan Argentina 1-0 yang berlangsung semalam. Kejohanan kali ini juga menyaksikan bersinarnya bintang Sepanyol, Lamine Yanal menjadi tumpuan dunia.


