Jenama fesyen aktif terkenal Alo Yoga dan Lululemon kini boleh didapati di The Exchange, TRX, memberikan pencinta fesyen pakaian aktif lebih banyak pilihan untuk menambah baik koleksi mereka.
Dalam dunia fesyen aktif, kita sering mendengar nama-nama besar seperti Adidas, Nike, Alo Yoga, dan Lululemon yang telah menjadi ikon dalam industri sejak sekian lama. Berita baik buat pencinta activewear, kerana kini, jenama pakaian aktif terkenal ini boleh diakses dengan mudah di Malaysia.
Ini bermakna anda mempunyai lebih banyak pilihan dan memilih pakaian terbaik untuk melengkapkan almari pakaian aktif anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyegarkan koleksi pakaian aktif anda dengan pilihan baharu dan bergaya!
Intai 3 Butik Activewear Yang Anda Boleh Kunjungi Di The Exchange, TRX;
1. Alo Yoga
Alo Yoga, jenama fesyen dan gaya hidup terkenal dari Amerika, telah membuat debutnya di Malaysia dengan pembukaan butik pertama mereka di The Exchange TRX. Terletak di tingkat pertama The Exchange TRX. Terkenal dengan pakaian aktif yang mewah, jenama ini telah memulakan pengembangan global ke Asia, dengan pembukaan kedai serentak di Thailand dan Indonesia.
Syurga pakaian aktif yang popular ini menawarkan rangkaian pakaian kasual yang chic dan trendy, aksesori, pakaian olahraga yang fungsional dan pakaian musim sejuk yang bergaya. Pengunjung akan berpeluang untuk menerokai pelbagai saiz dan reka bentuk inklusif yang memenuhi semua bentuk dan saiz badan.
2. Lululemon
Lululemon, sebuah jenama terkemuka dalam dunia activewear, kini memperluaskan jejaknya di Malaysia dengan pembukaan butik kedua mereka di The Exchange TRX. Butik ini, direka dengan sentuhan tropika, termasuk unsur rotan asli tempatan, mencerminkan dedikasi Lululemon terhadap kelestarian.
Dirancang khusus untuk memenuhi keperluan mereka yang aktif dalam pelbagai jenis sukan dan aktiviti rekreasi dari yoga, berlari, latihan gim, hingga ke sukan seperti golf, tenis, dan mendaki, Lululemon juga menawarkan koleksi kasual yang elegan dan versatil, sesuai untuk kegunaan harian.
Antara barangan utama untuk wanita yang patut diberi perhatian ialah seluar Align yang sememangnya popular di kalangan peinât jenama ini, tudung lembut dari fabrik Nulu, serta seluar Wunder Train. Koleksi ini menggabungkan pakaian aktif berteknologi tinggi dan pakaian kasual yang selesa, menawarkan pilihan yang sempurna untuk keperluan pakaian sehari-hari dan aksesori untuk setiap acara.
3. Sun & Sand Sports
Jenama sukan aktif milik keluarga terkemuka dari Timur Tengah ini telah mengumumkan pembukaan besar Sun & Sand Sports di Malaysia, memperluaskan lagi kehadirannya di Asia Tenggara. Dengan pembukaan butik pertama mereka di Mid Valley Megamall dan Pavilion Bukit Jalil, Sun & Sand Sports mengumumkan cawangan yang bakal dibuka di TRX.
Sun & Sand Sports menetapkan matlamat untuk mendirikan sebelas kedai di serata Asia Tenggara, termasuk Malaysia, dalam masa 36 bulan yang akan datang. Melalui pengembangan ini, Jenama ini bertekad untuk meredefinisi landskap sukan di rantau ini dengan visi yang jelas. Dengan slogan ‘Mentakrifkan semula sukan anda bersama Sun & Sand Sports’, jenama ini tidak diragukan lagi telah menjadi destinasi utama bagi komuniti peminat sukan.
Sun & Sand Sports menyediakan pelbagai pilihan produk sukan dan gaya hidup berkualiti tinggi dari jenama-jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, New Balance, Puma, ASICS, Under Armour, dan banyak lagi, menjadikannya pusat pembelian satu atap untuk keperluan sukan dan kecergasan para penggemarnya.
Artikel Berkaitan: 7 Kebaikan Meditasi Untuk Kesihatan Mental Dan Fizikal