Buat pertama kalinya, Buttonscarves Malaysia dengan bangganya menamakan Elfira Loy sebagai duta jenama pertamanya pada pelancaran kedai ke-3 baru-baru ini.
Buttonscarves, jenama tudung asli dari Indonesia kini mengukir momen tersendirinya apabila membuka satu lagi butik fesyen tudung yang ke-tiga di One Utama, Malaysia. Identiti tudung fesyen yang kuat dan mempersona, Buttonscarves menghasilkan karya bergaya hanya menggunakan bahan terbaik dalam kelasnya dan reka bentuk yang luar biasa.
Sejak diperkenalkan, Buttonscarves telah mendapat tempat istimewa di kalangan peminat Malaysia dan telah mendapat perhatian jenama antarabangsa untuk kolaborasi kerja bersama antaranya Hasbro dan Disney.
Butik keluasan 2,414 kaki persegi menawarkan pelbagai produk fesyen Buttonscarves antaranya pakaian, hijab, tas tangan, kasut, aksesori juga. Butik rekaan dalaman putih dan moden ini dihiasi dengan pelbagai keluaran baharu dan cetakan hijab yang menarik.
Teruja dengan pembukaan ini, Buttonscarves memperkenalkan duta, Elfira Loy yang banyak memberi inspirasi kepada wanita dan tips fesyen muslimah pada pengikutnya. Tidak menyangka dirinya dilamar, Elfira tidak menyembunyikan rasa terujanya dan berharap dimasa hadapan kerjasama ini membawa banyak tujuan dan kejayaan.
Antara selebriti yang turut hadir di majlis pembukaan Butik Buttonscarves termasuklah Mira Filzah, Amira Othman, Whulandary Herman dan Dayah Bakar.
Artikel berkaitan: Coach On The Move Singgah Ke Empat Bandar Utama Malaysia