Siap sedia untuk menjadi yang terawal berkunjung ke butik LEE, lagenda dalam dunia rekaan denim sejak 1889. Dan istimewa buat pembaca EH! anda berpeluang mendapat 10 peratus diskaun.
LEE suatu ketika dulu memang hangat di senario fesyen muda-mudi di Malaysia. Celana denimnya jadi kegemaran ramai kelompok muda, sama saing dengan jenama-jenama denim terkenal lain.
Namun dalam tidak sedar jenama ini menyepi seketika di sini. Hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini LEE menjadi hangat di Korea Selatan. Belia di sana memang senang dengan arah tuju baru LEE yang seiring dengan arus fesyen semasa. Dan tahun ini bahang LEE akan kembali menghangatkan atmosfera fesyen di Malaysia.
Catat tarikh ini dalam kalendar anda, 27 Oktober 2023, hari Jumaat, kerana butik LEE akan dibuka secara rasmi di IOI Putrajaya. Kehadiran jenama yang mula diperkenalkan di Kansas Amerika pada 1889 ini kembali akan mewarnai gerobok pakaian anda dengan pilihan denim dan juga baju yang mudai disuai padan.
BUDDY LEE
Arus fesyen semasa berputar menurut gaya hidup. Trend berpaksikan pada keperluan dan selera penggayanya, jadi bila gaya hidup berubah maka selera dan pilihan gaya juga ikut berubah.
Hari ini gaya hidup semakin aktif, aktiviti luar (outdoor) menjadi pilihan, dan kerana itu jugalah LEE memperkenalkan Buddy Lee, satu seleksi yang memberi tumpuan pada helaian yang mesra aktiviti luar. Keselesaan menjadi titik tumpu dalam pemilihan fabrik dan juga rekaan. Dan bagi koleksi musim luruh, LEE memperkenalkan Buddy Tour Collection.
Himpunan ini memfokuskan pada pemilihan warna dan rekaannya pula mengimbangi antara aspek stail dan juga praktikaliti. Jika dari potongan lebih banyak yang longgar lagi menyelesakan; dari celana denim, seluar kerja, baju berhud, baju-t serta kemeja. Setiap satunya punya tarikan padu-padan, mudah sekali jika mahu menggayakannya dengan apa sahaja.
Helaian dari koleksi ini kebanyakannya diperkemaskan dengan perincian yang praktikal dan menyelesakan seperti poket-poket pelbagai guna dan juga lapisan yang dicipta untuk menghangatkan tubuh pada suhu dingin.
Lagi satu yang menariknya, sesuai dengan peredaran era dan teknologi, koleksi Buddy Tour juga mahu seiring dengan keperluan menjaga warisan alam. Jadi mereka juga mahu turut serta menyokong hal kelestarian alam dan dengan itu mereka turut menggunakan bahan kitar semula seperti upcycle denim dan juga bahan vegan.
Jangan lupa kunjungi butik LEE di IOI Putrajaya bermula Jumaat ini dan nantikan lebih banyak stor LEE dalam waktu terdekat. Anda juga boleh klik ‘follow’ @LEEJEANSMALAYSIA di Instagram untuk kemas kini mahupun promosi terkini.