Longchamp mengecapi kejayaan bermakna dengan melancarkan butik terbesar di Malaysia, yang terletak di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Longchamp baru sahaja membuka butik terbesarnya di Malaysia, di tengah-tengah mercu tanda pusat beli-belah terhangat Kuala Lumpur. Ini adalah pencapaian utama bagi jenama fesyen terkenal Paris.
Butik dengan ruang seluas 2,893 kaki persegi itu menawarkan koleksi pelbagai jenis beg, barangan kulit serta aksesori untuk wanita dan juga lelaki, serta himpunan sedia untuk dipakai ‘ready-to-wear’ wanita.
Butik baharu Longchamp ini memberi penghormatan kepada kekayaan warisannya, kepakaran, optimisme dan sofistikated menerusi hiasan dalaman yang menyerlahkan suasana elegan namun penuh bertenaga. Butik ini berdiri sebagai bukti komitmen jenama ini dalam menyediakan hasil pertukangan dan inovasi luar biasa, juga syurga bagi penggemar fesyen yang mencari gabungan gaya serta fungsi yang sempurna.
Butik yang luas ini memenuhi cita rasa pelanggan sambil mempamerkan legasi kemewahan Longchamp di The Exchange TRX.
Butik Terbesar di Malaysia
Saat melangkah masuk ke butik Longchamp terbesar di Malaysia, rasanya seakan berada di dalam pangsapuri di Paris. Ruangnya yang hangat dan menarik, dengan susunan perabot vintaj, permaidani dan karya seni yang indah, rona mewah dan rekaan tersebut menjadi latar yang menghiasi barangan pameran, di mana setiap satunya menceritakan kisah tersendiri.
Di sebelah kiri, terdapat ruang meja yang mempamerkan koleksi terbaharu untuk musim ini, serta barangan kulit dan aksesori terkini yang dipaparkan dalam paparan yang berinspirasikan rak buku.
Apabila membelok ke bahagian sebelah kanan pula boleh dilihat ruang santai yang selesa terbentang di depan mata. Di sini terletaknya kerusi empuk yang menjemput pengunjung tenggelam dalam kelembutannya.
Dikelilingi oleh kepelbagaian koleksi produk, segalanya di butik ini mewakili maksud dan Nilai Longchamp itu sendiri. Sentuhan warisan berona hijau gelap membangkitkan lagi aspek tradisi dan keasliannya, manakala percikan hijau terang pula menyampaikan tenaga dan unsur kemodenan.
Di ruang tengah butik pula menonjolkan Le Pliage® dengan dinding seakan berada di perpustakaan yang dirias dengan pelbagai rona hijau Longchamp, di mana setiap beg dipaparkan dalam gaya dan warna tertentu.
Ruang itu dipertingkatkan lagi dengan beberapa unsur tersendiri, permaidani yang dipilih lebih daripada sekadar hiasan, menambahkan sentuhan gaya dan personaliti, dan ia sesuai dengan suasana keseluruhan, melengkapkan lagi daya estetika butik.
Terdapat juga kawasan di mana anda boleh berehat semasa membeli-belah. Ia dipanggil ruang istirahat VIP, yang direka dengan teliti untuk menawarkan ruang eksklusif yang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang terbaik.
Bahagian ini juga direka untuk memastikan semua pelanggan boleh melihat produk yang ditawarkan dengan lebih terperinci dalam suasana tenang dan tanpa gangguan.
Artikel Berkaitan :Kim Se-jeong Wajah Baharu Suntingan Longchamp