Daripada Sabrina Carpenter hingga Matilda Djerf, babydoll dress kembali menjadi pilihan it girl masa kini.
Pernah dianggap terlalu kebudak-budakan, babydoll dress kini kembali menjadi antara item kegemaran it girl. Dengan pelbagai variasi dan cara penggayaan yang lebih segar, siluet ini berjaya mengubah persepsi ramai, membuktikan bahawa gaya ini masih relevan dalam dunia fesyen hari ini.
Berikut cara untuk menghidupkan trend ini mengikut gaya anda:
Padankan Dengan But Tinggi
Gaya yang selalu dikenakan oleh Sabrina Carpenter menjadikan babydoll dress tampak lebih chic dan moden. Sedikit elemen drama pada penampilan, membuatkan keseluruhan look nampak lebih cool dan stylish tanpa menghilangkan feminin pada dress tersebut.
Atas Jeans
@jennfreyttsie think i just found my new favorite combo (babydoll dresses + jeans)!!!! #teacher #ootd #teacheroutfit ♬ Yamaha – Dijon
Kombinasi yang pernah dianggap “fashion crime” kini kembali menjadi pilihan ramai it girl. Babydoll dress yang dipakai sebagai top atas seluar jeans memberi sentuhan yang effortless, sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang berbeza. Padanan ini membuatkan outfit kelihatan lebih laid-back.
Stoking Putih Panjang
View this post on Instagram
A post shared by ☁️ онлайн-мультибрендовый магазин одежды ☁️ (@kaki.boutique)
Rahsia it girl untuk menaikkan lagi babydoll dress? Stoking putih panjang. Padanan ini memberikan vibe yang lebih youthful dan sedikit vintage, sesuai untuk mereka yang mahu tampil comel tanpa kelihatan terlalu berlebihan.
Walaupun nampak seperti aksesori kecil, stoking putih panjang mampu membuatkan keseluruhan outfit kelihatan lebih menarik dan mempunyai karakter tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila dipadankan dengan loafers atau Mary Jane, terus memberikan sentuhan yang cukup Pinterest-girl.
Tights
Patterned tights memberikan dimensi baharu kepada gaya ini dan membuatkan penampilan kelihatan lebih menarik serta less predictable. Detail kecil boleh membantu menambahkan karakter pada outfit tanpa mengubah keseluruhan gaya.
Atas Skirt
@_0325kate one of my fav combos!! #shoujo #wishcore #coquette #ootd #aesthetic ♬ original sound – lucky
Lebih whimsy, lebih seperti fairy garden, gaya babydoll dress atas skirt plain atau bercorak merupakan antara gaya yang digemari ramai. Pada mulanya mungkin akan terasa agak pelik kerana gaya kembang atas kembang, tetapi disebabkan itu, ianya tampak lebih cute dan approachable.
Layering Dengan T-shirt
@jaynexhansen my favotite outfit formula #ootd #layering #easyoutfits #falloutfits ♬ Save the World – We Are Not Friends & Nextime
Fungsi babydoll dress juga bukan sekadar hanya sebagai dress semata-mata, tetapi boleh juga dijadikan sebagai mini skirt yang dilayerkan dengan t-shirt. Membawa fesyen kepada dunia baharu, gaya ini sebenarnya agak kedengaran tidak masuk akal tetapi masih boleh pull it off.
