Larutkan diri anda dalam dunia fantasi dan fesyen terbaharu dari Carlo Rino, vibes gaya yang lebih chic berinspirasi fantasi futurism untuk gaya Musim Luruh/Dingin 2023.
Label fesyen tersohor, Carlo Rino mengumumkan keluaran eksklusif koleksi tas tangan dan aksesosi baharu yang bakal melengkapkan gaya harian anda. Koleksi baharu yang diilhamkan dari kisah eksploitasi rahsia Anna dalam dunia magikal, – rumah gergasi yang mempesonakan, menangkap intipati keindahan misteri dan pengembaraan yang tiada henti. Bersifat periang dan sukakan cabaran, karakter Anna jelas terpancar pada koleksi kali ini, menggabungkan butiran yang terperinci, bahan berkualiti dan reka bentuk imaginatif yang membawa pemakai ke dalam dunia rahsia mereka sendiri.
Himpunan ini menampilkan grafik baharu yang direka khas, lebih chic, dengan imej warna riang dan neo-futuristik. Koleksi yang cukup magikal dengan sentuhan mainan warna yang menyeronokkan ini turut direka dalam bentuk beg yang cukup versatil; boleh disilangkan di bahu, malah sesuai juga dijinjing. Kepelbagaian gaya menjadikan tas tangan ini sangat versatil, sesuai digayakan untuk gaya siang dan malam.
Hari ini ramai orang kita lebih gemar dengan tas tangan yang santai, tidak terlalu formal, mereka lebih suka yang chic dan berfuturistik. Di mana-mana sahaja kita dapat lihat kelompok muda menggayakan tas tangan sebegini. Buat kamu yang sentiasa menggayakan fesyen riang, koleksi ini amat sesuai padan buat mereka yang ingin menggayakannya pada masa santai, majlis mahupun dibawa ke pejabat.
BEG CURVA, DREAMY & FUTURISTIK.
Sebut sahaja nama Carlo Rino, satu hal yang terbayang di fikiran ialah koleksi yang sering mencetus keunikan tersendiri, mengajak penggemarnya untuk keluar dari gaya konvensional dan zon selesa, keluar dari kotak sama seperti karakter Anna yang sukakan cabaran.
Carlo Rino mahu penggayanya berlari bersama trend dan dalam masa yang sama meraikan ciri individualiti menerusi penampilan. Samalah juga dengan koleksi CURVA ini. Antara yang menangkap mata ialah tas tangan CURVA TOP HANDLE MEDIUM CROSSBODY (RM559).
Bentuk beg ini berbentuk melengkung unik dan berbeza dari tas tangan biasa yang lazimnya berbentuk kotak (bersegi) mahu pun bulat. Beg ini juga hadir dalam saiz yang lebih kecil, CURVA TOP HANDLE CROSSBODY (RM519), dan ada dua pilihan warna iaitu kuning dan perak.
CURVA CROSSBODY SHORT WALLET
Gaya trend terkini, lagi kecil saiz beg, lagi disukai. Walaupun tidak banyak yang boleh diisi tapi dompet kini sudah boleh jadi pengganti beg. Dengan semuanya di hujung jari (termasuk hal beli-belah), beg mini atau dompet adalah yang paling bergaya dan mudah.
Carlo Rino juga hadir dengan dompet untuk melengkapkan gaya menerusi koleksi terbaru mereka. CURVA CROSSBODY SHORT WALLET (RM379) hadir dalam pilihan warna yang pelbagai, dari hitam, perak, kuning dan yang fuchsia.
Apa yang menarik tentang dompet ini? Pastinya logo baru Carlo Rino yang lebih chic. Logo baru Carlo Rino ini diilham dengan objektif mahu menyatukan estetika semula jadi dengan futuristik. Kancing dompet yang hadir dengan abjad CR ini yang menjadi statement pada rekaan keseluruhan dompet ini. Ia juga dilengkapi dengan tali panjang untuk anda menyilangkan dompet ini di bahu.
Dan kesemua rekaan untuk koleksi musim luruh/dingin 2023 Carlo Rino ini dipersembahkan dengan karakter Anna, ditonjolkan dalam idea magikal.
Untuk melengkapkan gaya Y2K anda, Carlo Rino juga bakal hadir dengan Denim Staple Collection Oktober nanti dan pastinya ilham mereka akan melengkapi lagi gaya chic anda.
Dapatkan koleksi terbaru Carlo Rino di butik fizikal seluruh negara dan dalam talian DISINI. Untuk kekal berhubung dengan tawaran dan informasi terkini, ikuti Carlo Rino di akaun Facebook, Instagram dan TikTok.