Terinspirasi oleh karakter filem fiksyen popular, Carlo Rino mengabdikan kisah cinta dalam koleksi terbaru The Joker & Harley Quinn.
Membawa naratif yang kaya dengan inspirasi daripada watak-watak ikonik yang penuh karakter dari dunia hiburan, Carlo Rino mencorakkan karakter filem fiksyen popular, The Joker & Harley Quinn pada koleksi tas tangan yang bukan sekadar aksesori fesyen, tetapi juga pernyataan peribadi yang bercerita tentang keberanian, kebebasan dan keinginan untuk menonjol dalam apa jua situasi.