Harley Quinn
Di sebalik kelucuan dan sisi gilanya, Harley Quinn adalah lambang wanita yang berani, penuh tenaga dan tidak takut untuk tampil berbeza. Tas tangan Harley Quinn membawa elemen ini ke dalam fesyen melalui penggunaan warna cerah seperti merah jambu, merah terang elektrik dan perincian elegan. Corak monochrome merah jambu serta tali beg yang bergaya dinamik menyerupai keperibadian Harley yang ceria, tetapi kuat.
Beg ini sesuai untuk individu yang suka bergaya secara playful namun kekal teguh dalam setiap langkah mereka. Seperti Harley Quinn, beg ini adalah lambang keseimbangan antara kegembiraan dan kebebasan.
1.Harley Quinn 2-Way Shoulder Bag (RM619)
Harley Quinn 2-Way Shoulder Bag menawarkan dua cara penggunaan – sebagai shoulder bag atau crossbody – melambangkan sifat Harley yang dinamik dan fleksibel. Warna-warna cerah dan reka bentuk yang fun menyerlahkan keperibadian yang berani dan bebas, sepertimana Harley Quinn yang tidak gentar untuk menonjolkan dirinya. Cetakan grafiti menambah sentuhan pesona yang memberontak, menonjolkan keberanian dan kegembiraan dalam setiap langkah.
2. Harley Quinn Crossbody with Chain (RM639)
Harley Quinn Crossbody with Chain menawarkan rekaan chic yang sesuai untuk gaya harian atau majlis malam. Dengan rantai yang menambahkan elemen glamor, tas ini menggambarkan sisi Harley Quinn yang suka tampil mempesonakan. Reka bentuknya yang moden dan minimalis memberikan sentuhan elegan, ia boleh digayakan sebagai beg bahu atau tas tangan -1 tali rantai boleh tanggal, 1 tali panjang boleh tanggal dan boleh laras – memberikan fleksibiliti dalam penggunaannya.
3. Harley Quinn Box Bag (RM599)
Harley Quinn Box Bag membawa rekaan yang unik dan playful dengan bentuk kotak yang rigid tetapi bergaya. Tampil berbeza, dengan ruang yang cukup besar untuk menyimpan barang keperluan dan tali rantai, tas tangan mengekspresikan keunikan diri melalui fesyen.
4. Harley Quinn 2-Way Crossbody (RM619)
Harley Quinn 2-Way Crossbody menawarkan fleksibiliti yang mencerminkan dinamik Harley Quinn. Dengan pilihan untuk memakainya sebagai beg silang badan atau bahu, tas ini sesuai untuk individu yang gemar gaya yang fleksibel dan mudah disesuaikan dengan pelbagai situasi. Warna-warna cerah dan reka bentuknya yang berani bercerita tentang kebebasan untuk mengekspresikan diri dalam pelbagai cara, tanpa mengorbankan gaya.
5. Harley Quinn Card Case Wallet With Chain (RM359)
Menggunakan rantai untuk memberi efek glamor tetapi tetap mengekalkan kepraktisan sebagai dompet kompak, dompet ini menonjolkan gaya playful dalam bentuk yang lebih sofistikated. Punyai 1 poket zip dengan 2 isi petak, 2 petak nota, 12 slot kad serta kombinasi antara warna-warna cerah dan rantai logam menjadikannya pilihan yang stylish dan praktikal.
6. Harley Quinn Card Case Lanyard (RM299)
Aksesori kecil yang direka untuk mereka yang mahukan kemudahan tanpa perlu mengorbankan gaya. Lanyard ini menggabungkan elemen ceria dan berani Harley melalui penggunaan warna-warna terang serta tali lanyard yang dinamik. Direka dalam kod warna honeysuckle, ia dilengkapi dengan 1 poket ID dan 1 poket zip dalam rekaan fabrik canvas.
Dapatkan koleksi The Joker & Harley Quinn secara sistem jual beli dalam talian di www.carlorino.net, atau kunjungi butik Carlo Rino untuk pengalaman beli-belah yang lebih efisien dan mengujakan. Untuk kekal berhubung dengan tawaran dan informasi terkini, ikuti Carlo Rino di akaun Facebook, Instagram dan TikTok.
Baca : ‘Summer Break’ Bersama Carlo Rino: Must-Have Fashion untuk Musim Panas