Praktikali. Itulah kemahuan pasaran sekarang. Sesuatu yang praktikal. Ia merangkumi setiap perihal. Baik tentang fesyen, gaya hidup mahupun keperluan harian. Termasuklah, aksesori seperti jam tangan. Casio memenuhi kemahuan generasi sekarang. Item-item yang memfokuskan kepada pratikaliti. Maka itu, Casio Baby-G mengundang CHUMS untuk menjalinkan kolaborasi.
Kedua-dua jenama ini berkongsi falsafah yang sama. Praktikal, ringkas, namun tidak menyingkirkan aspek fesyen. Casio Baby-G x CHUMS mengutamakn stail dalam rekaan, bergabung dengan sistem dan spesifikasi yang tiada bandingan. Koleksi jam tangan Casio Baby-G X CHUMS direka khusus wanita bergaya hidup aktif.
Koleksi yang diberi nama, BGA-260CH merupakan jam tangan tahan gegaran yang direka buat wanita yang gemar melakukan aktiviti luar. Rekaan jam tangan tersebut menampilkan warna-warna pop dan ‘playful’, sempurna buat wanita yang sukakan rekaan jam tangan yang bukan sekadar penunjuk masa, malas punka faktor stail.
Dasar jam tangan direka dalam warna hitam dan diserikan dengan logo CHUMS dalam warna pelangi yang membulati bezel. Logo CHUMS diletakkan pada dial dan ‘band ring’ jam tangan. Maskot Bobby Bird turut menghiasi jam tangan yakni pada bahagian belakang jam dan tali jam. Kotak koleksi jam tangan ini direka spesifik mengikut reka bentuk beg tidur Booby. Sengaja direka mengikut permintaan golongan yang mengamalkan gaya hidup aktif. Spesifikasi jam tangan ini diteliti sepenuhnya. Antara spesifikasi terpenting ialah ‘stopwatch’ dan kalis air se dalam 100 meter.
Artikel berkaitan: Jam Tangan Pintar Sukan Fossil