Kalau anda pernah menonton Green Street Hooligans, anda mungkin familiar dengan gaya peminat bola sepak yang lebih discreet dengan jaket, polo shirt, sneakers dan pakaian kasual berjenama.
Gaya ini sebenarnya berasal daripada budaya football casuals di United Kingdom pada sekitar era 1970-an hingga awal 1980-an, sebelum trend ini tersebar ke beberapa bahagian Eropah.
Ketika itu, penyokong mula meninggalkan jersey kelab mereka dan pilih untuk memilih pakaian terbaik dalam wardrobe, termasuk pakaian yang selalunya disimpan untuk pergi ke acara formal atau majlis perkahwinan.
Selain mahu kelihatan kurang fanatik, gaya ini juga membantu mereka mengelakkan perhatian polis dan tidak mudah dikenal sebagai penyokong pasukan tertentu.
Jom ikut EH! intip beberapa jenama yang selalu digaya oleh budaya terrace ini.
Stone Island
Antara jenama yang paling sinonim dengan budaya casual ialah Stone Island, jenama itali yang mula mendapat perhatian dalam scene ini pada era 1980-an.

Jaket dan kot menjadi antara item yang paling popilae, selain polo shirts dan caps. Berbanding jersi pasukan yang terus menunjukkan sokongan kepada kelab tertentu, Stone Island memberikan penampilan yang lebih discreet.
Namun, dalam komuniti casual, pemilihan jenama itu sendiri sudah cukup untuk membawa identiti tertentu.
C.P Company
Satu lagi nama dari Itali ialah C.P. Company, yang terkenal dengan rekaan diinspirasikan oleh workwear dan military uniforms.

Antara item yang paling dikenali ialah jaket, sweatshirts, dan beanies mereka. Rekaan jenama ini banyak mengambil inspirasi daripada workwear dan military uniforms, menghasilkan pakaian yang menggabungkan fungsi dengan estetik yang lebih moden.
Jaket menjadi salah satu signature utama C.P. Company, terutama kerana rekaannya yang praktikal dan sesuai dipakai sebagai outerwear.
Dalam gaya casual, ia boleh digabungkan dengan sweatshirt, seluar panjang dan sneakers untuk menghasilkan penampilan yang simple.
Fred Perry
Kalau Stone Island dan C.P Company membawa elemen yang lebih utilitarian, Fred Perry pula mempunyai estestik British yang lebih klasik.
Jenama yang berasal dari England, Fred Perry mempunyai sejarah panjang dalam budaya British dan menjadi salah satu jenama yang dikaitkan dengan gaya casual ini. Item paling ikoniknya sudah tentu polo shirt, lengkap dengan Laurel Wreath yang menjadi signature jenama.

Polo shirt Fred Perry menjadi antara staple dalam gaya British casual. Selain polo shirt, jaket, kot dan sniker turut melengkapkan pilihan helaian.
Polo Fred Perry mudah dipadankan dengan denim dan sneakers untuk mendapatkan gaya yang kemas tanpa kelihatan terlalu formal. Itulah antara kekuatan gaya casual yang siluetnya mungkin simple, tetapi pilihan jenama memberikan keseluruhan look lebih distinctive.
Adidas
Apabila menyebut Adidas dalam konteks football casual, jangan terus fikirkan tentang tracksuit. Adidas trainers sebenarnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam budaya ini.
Antara model yang paling dikenali ialah Gazelle dan Samba, yang mempunyai siluet rendah dan memang sesuai untuk dipadanakan dengan pakaian harian.
Hari ini, Samba dan Gazelle mungkin sudah menjadi staple street style di seluruh dunia. Namun, kaitannya dengan budaya terrace membantu menjelaskan mengapa model seperti ini sangat dekat dengan estetik casual.
Daripada stadium, ia akhirnya menjadi sebahagian daripada streetwear moden.
Burberry
Berbanding dengan jenama lain, Burberry tidak begitu popular dalam scene casual di seluruh Eropah. Namun, jenama British yang mempunyai pengaruh yang lebih kuat dalam kalangan casuals di England.
Antara itemnya yang popular adalah skarf, topi dan bucket hats, selain jaket dan kot

Corak signature Burberry menjadikan aksesori seperti scarf mudah dikenali walaupun dipadankan dengan pakaian yang lebih sederhana.
Dalam gaya casual, scarf atau bucket hat boleh menjadi satu-satunya elemen statement tanpa membuatkan keseluruhan outfit kelihatan terlalu sarat.
Liam Gallagher: Casual Style Bertemu Britpop
Gaya casual akhirnya keluar daripada stadium dan masuk pula ke dunia muzik British.
Salah satu figura yang paling mudah dikaitkan dengan estetik ini ialah Liam Gallagher, vokalis Oasis.
Liam Gallagher menjadikan elemen British casual sebagai sebahagian daripada signature stailnya.
Gaya Liam banyak menggunakan item seperti Adidas trainers, baju polo, jaket dan sportswear.
Apa yang menarik ialah dia tidak kelihatan seperti sedang cuba menghasilkan padanan yang terlalu kompleks.
Sebaliknya, gabungan pakaian yang simple itu menjadi sebahagian daripada identiti dirinya sebagai rock star.
Dengan Oasis yang menjadi antara band terbesar era Britpop, gaya Liam turut membantu membawa estetik tersebut kepada audience yang jauh lebih luas.
Daripada football terrace ke pentas muzik, pakaian yang sama akhirnya mempunyai konteks baharu.




