EH! memilih 10 model cermin mata berjenama yang menjadi pilihan utama tahun ini, termasuk jenama ikonik seperti Dior, Oakley, Burberry, Coach, Fendi, Jimmy Choo, Miu Miu, Swarovski, Versace, dan Ray-Ban.
Semua model cermin mata ini boleh dibeli secara online melalui Sunglass Hut atau terus di butik fizikal mereka di Suria KLCC, Pavilion KL, dan KLCC, memberi kemudahan kepada pembaca untuk mendapatkan aksesori premium dengan cepat dan mudah.
Daripada bingkai elegan klasik hingga reka bentuk moden futuristik, setiap model dipilih bukan sahaja berdasarkan estetika tetapi juga kualiti, keselesaan dan keunikan.
Pilihan EH! ini akan membawa anda menelusuri setiap pilihan cermin mata dengan ulasan fesyen editorial, supaya anda tahu mana yang sesuai dengan gaya, personaliti dan trend semasa.

1. Dior – DiorClub V1U 31B8 (Bingkai Putih, Lensa Violet)
Dior tidak pernah mengecewakan. Jika anda mencari topi dan cermin mata dalam satu fungsi, ini rekaan pilihan EH! untuk gaya harian mewah. Bingkai putih dan dilensa violet cetakan logo ikonik Dior, memancarkan aura futuristik nan elegan. Sesuai untuk fashionista urban yang ingin tampil sofistikated di siang hari.

2. Oakley – OO9455M Kato (Bingkai Putih, Lensa Violet)
Oakley Kato menggabungkan prestasi sukan dan fesyen jalanan. Bingkai putih lengkungan dengan lensa violet memberikan penampilan santai namun berani. Sesuai digayakan dengan athleisure atau jaket denim oversized, sesuai untuk aktiviti luar sambil tetap bergaya.

3. Burberry – BE4467U (Bingkai Beige, Lensa Coklat)
Warisan British Burberry terserlah dalam model BE4467U. Bingkai beige dan lensa coklat menonjolkan gaya klasik dan hangat. Sesuai untuk mereka yang menggemari penampilan elegan dan timeless, padankan dengan coat trench atau kemeja putih bersih untuk sentuhan sofistikated.

4. Coach – HC8445D CBY85 (Bingkai Merah, Lensa Violet)
Coach membawa elemen berani dengan bingkai merah dan lensa violet. Sesuai untuk mereka yang ingin tampil fashion-forward dengan lensa warna pop. Padankan dengan outfit monokrom atau minimalis supaya cermin mata menjadi fokus utama gaya anda.

5. Fendi – Roma FE40125I (Bingkai Hitam, Lensa Biru)
Fendi Roma memancarkan gaya fesyen Itali. Bingkai hitam dengan lensa biru menambahkan aura misteri dan eksklusif. Sesuai untuk evening wear glam atau office chic, padankan dengan structured blazer atau midi dress untuk gaya yang yakin dan sofistikated.

6. Jimmy Choo – JC5008 (Bingkai Pink, Lensa Pink)
Why not Barbie? Jimmy Choo JC5008 menonjolkan feminine glamour. Bingkai dan lensa pink memberikan vibe manis dan playful. Sesuai digayakan dengan flowy dress, outfit pastel, atau evening cocktail look, sesuai untuk mereka yang mahu tampil menonjol dengan gaya lembut.

7. Miu Miu – MU B05S (Bingkai Hitam, Lensa Kelabu)
Miu Miu MU B05S adalah pilihan trendsetter editorial. Bingkai hitam dan lensa kelabu menekankan penampilan minimal tetapi berani. Sesuai untuk urban street style atau casual chic, padankan dengan oversized coat atau graphic tee untuk penampilan sofistikated dan bergaya.

8. Swarovski – SK6036U (Bingkai Hitam, Lensa Kelabu)
Swarovski SK6036U memadukan keanggunan dengan kilauan halus. Bingkai hitam dan lensa kelabu gelap menonjolkan aksesori kristal tanpa mengganggu keseluruhan gaya. Sesuai untuk evening glam atau casual luxe, dipadankan dengan perhiasan statement untuk penampilan elegan.

9. Versace – VE4470B (Bingkai Hitam, Lensa Kelabu)
Versace VE4470B adalah statement bold. Bingkai hitam dan lensa kelabu gelap memberikan aura dominan dan girl boss. Sesuai untuk fashion influencer atau power dressing look, padankan dengan ensemble monokrom atau jaket kulit untuk menonjolkan attitude berani.

10. Ray-Ban – RB3736CH Chromance Liteforce (Bingkai Emas, Lensa Pink, Polarisasi)
Ray-Ban, relevan dengan model klasik yang inovatif. Bingkai emas dengan lensa pink polarisasi menjadikan RB3736CH sesuai untuk casual chic dan city strolls. Padankan dengan blazer kasual, kemeja button-down, atau sneakers mewah, mengekalkan keseimbangan antara gaya klasik dan moden.
