Mungkin dek kerana pendamik, kita mula menghargai apa yang ada di hadapan mata. Itu yang terjadi di Innai Red. Jenama Kuala Lumpur ini tidak lari jauh untuk mendapatkan inspirasi bagi koleksi lunar mereka tahun. Lantas, bagi menguatkan koleksi ini, kempen khas dirakam sekeliling Chinatown, Kuala Lumpur. Ia adalah satu penghargaan daripada Innai Red melalui koleksi Tahun Baru Cina mereka kepada penghuni Chinatown juga mereka yang mencari rezeki di kawasan ikonik Kuala Lumpur ini.
Biarpun dengan situasi sekarang, Innai Red masih setia mahu meraikan semangat perayaan. Lebih selesa dengan hanya meraikan perayaan ini di rumah lalu mereka hasilkan ceraian yang lebih praktikal. Tapi, masih kekal stylish dan tidak lari daripada esen wanita Innai Red yang cukup romantik dan menjulang siss feminin mereka. Melalui koleksi Tahun Baru Cina, ada 17 ceraian yang dihasilkan melalui idea tradisional Qipao dan Cheongsam. Diselitkan rentak lebih moden pada persalinan ini seperti lengan loceng untuk nampak lebih moden.
Lebih mewah dengan pemilihan fabrik buat ceraian Qipao dan Cheongsam di Innai Red. Rata-rata fabrik broked dan renda disatukan bersama renda tenun, satin dan sutera memberi simbol lebih feminin pada wanita. Semestinya, Innai Red terus kekal dengan DNA mereka. Ada perincian applique yang disematkan pada helaian. Seperti butang Cina yang ditambah rumbai, kemasan bunga 3D dan seni labuci yang memberi penghormatan pada butang klasik Cina.
Pautan Berkenaan: Siti Saleha x Cream Couch, Paduan Klasik & Minimal