Berani, elegan, atau manis, gaya mana yang jadi pilihan hati anda? Jom intai tiga koleksi terbaharu daripada Carlo Rino yang pasti mencuri perhatian dan memikat rasa.
Carlo Rino mengajak anda meraikan musim fesyen baharu yang penuh warna dan gaya dengan bukan satu, tetapi tiga koleksi terbaharu yang bakal dilancarkan pada Jun dan Julai 2025!
Dari sentuhan baharu pada gaya adiwira klasik, rekaan moden yang sofistikated, hinggalah ke pilihan comel yang segar dan muda—setiap koleksi menampilkan identiti unik dan kreatif Carlo Rino, sesuai untuk melengkapkan penampilan harian anda.
Carlo Rino x Superman Edisi Khas
Sempena tayangan filem Superman, Carlo Rino mempersembahkan koleksi eksklusif Superman Special Edition—gabungan gaya harian sofistikated dengan semangat ikonik adiwira legenda.
Koleksi ini menampilkan beg tangan, dompet, kasut, dan aksesori bergaya yang sesuai untuk gaya aktif dan versatil. Diperbuat daripada nilon berkualiti, setiap item ringan dan tahan lama. Keunikan koleksi ini terletak pada variasi logo Superman yang direka khas mengikut warna:
Lengkapkan gaya anda dengan sneakers moden, dua topi dan T-shirt berlogo Superman—untuk penampilan heroik yang bergaya setiap hari.
Carlo Rino PuzBox
Elegan dan praktikal, Koleksi PuzBox mempersembahkan beg tangan berinspirasikan seni bina moden dengan bentuk unik dan fungsi pintar. Diperbuat daripada kulit sintetik licin dengan kemasan matte mewah, koleksi ini direka untuk mereka yang sukakan gaya minimalis namun tetap bergaya—sempurna untuk gaya hidup aktif masa kini.
Ciri istimewanya? Panel sisi gaya origami yang boleh diubah suai untuk menambah ruang mengikut keperluan—daripada beg berstruktur harian kepada beg serbaguna yang lebih luas.
Dengan garisan rekaan kemas dan potongan tajam, PuzBox ialah aksesori versatil untuk ke pejabat atau bersantai hujung minggu. Tetap ringkas, tetap anggun.
Carlo Rino Bun Bun
Buat pencinta gaya comel dan ceria, Carlo Rino memperkenalkan Koleksi Bun Bun—menampilkan maskot arnab ikonik dalam rekaan muda dan menyeronokkan! Bakal dilancarkan Julai ini, koleksi ini meraikan keselesaan, ekspresi diri dan semangat playful yang penuh gaya.
Diperbuat daripada nilon ringan dan kalis air, koleksi ini hadir dengan beg tangan comel, aksesori beg arnab lembut, dompet padanan, sneakers feminin dan T-shirt manis—sempurna untuk penampilan harian yang fun dan penuh personaliti.
Dari tona pastel hinggalah ke perincian gebu, Bun Bun ialah lambang kecomelan bergaya!
Daripada kuasa keyakinan Superman Edition, rekaan moden PuzBox, hinggalah ke keceriaan Bun Bun, koleksi musim ini mengajak anda untuk mengekspresikan gaya tersendiri—berani, cantik, dan menyeronokkan!
Dapatkan ketiga-tiganya di sini atau butik Carlo Rino seluruh negara.