Coach FW26 bukan sekadar tentang nostalgia, tetapi tentang keberanian mentafsir semula warisan untuk masa depan yang lebih berwarna.
Di pentas New York Fashion Week, Coach memperkenalkan koleksi Fall 2026 di The Cunard Building dengan visi segar daripada Pengarah Kreatif, Stuart Vevers. Musim ini meraikan semangat generasi muda, optimistik, berani dan sentiasa berevolusi melalui tafsiran baharu gaya Amerika yang melangkaui batas geografi.
Terinspirasi daripada transisi dramatik filem klasik daripada sepia ke Technicolor, koleksi ini menggabungkan glamor Hollywood era 1930-an dan 40-an dengan sentuhan budaya skate serta estetika varsity sekolah tinggi. Siluet mempertemukan tailoring 1940-an dan sportswear 1970-an, seluar flare, skirt A-line, blazer berstruktur serta gaun malam dramatik berpinggang tirus dan berbahu tegas.
Outerwear menjadi fokus utama, khususnya jaket varsity dalam variasi kulit, wool dan buat pertama kalinya, versi all-shearling. Knitwear jacquard uniseks, T-shirt varsity dan jersi vintaj yang diperbaharui mengukuhkan naratif youth culture yang menjadi nadi koleksi.
Aksesori pula menampilkan beg berstruktur horizontal dengan perincian turnlock dan kisslock ikonik, serta sneaker baharu Coach Skate tanpa tali yang diinspirasikan gaya 70-an. Sentuhan akhir hadir melalui barang kemas bertema kosmik, bintang, bulan dan matahari sebagai simbol harapan dan kemungkinan.
Baca: Coach Menakluki Alam Maya The Sims 4 Dengan Penuh Gaya




















