Dari Kuala Lumpur ke Johor, Pulau Pinang dan Putrrajaya, Coach on the Move sajikan pengalaman sambutan musim percutian yang penuh warna dan menyeronokan.
Selepas lebih dua tahun merentasi pendamik, akhirnya semuanya seakan kembali seperti sedia kala. Pelbagai acara dianjurkan, dari konsert ke pelbagai pesta lebih-lebih lagi di penghujung 2022. Coach juga antara yang mahu meraikan penutup 2023 dengan satu keraian yang sangat istimewa. Semalam bermulanya pelancaran Coach on The Move, yang mana Coach akan singgah ke empat bandar di seluruh Malaysia untuk memberikan pengalaman kembara yang sangat istimewa.
Berinspirasikan ‘Feel the Wonder’, Coach mahu memberi ruang penuh keseronokan tambahan pula dengan kemunculan maskot Coach sendiri, Rexy yang tampil berbeza di antara tiga negara, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Di Kuala Lumpur, Coach on the Move berlangsung di APW Bangsar dan akan dibuka kepada umum hari ini (2 hingga 4 Disember). Rexy akan menyambut kedatangan anda ke ruang APW. Usah lepaskan peluang untuk melangkah ke dalam bas dua tingkat Coach yang sarat dihiasi gaya interior musim percutian. Di dalam bas ini juga dilengkapi dengan koleksi aksesori musim percutian Coach.
Antara aktiviti lain ialah melukis Rexy, juga ada booth produk penjagaan kulit lokal, Chuck’s selain Gigi Coffee buat membasah tekak yang mana mereka tampil dengan sajian kopi eksklusif, inspirasi daripada konsep percutian jenama fesyen Amerika Syarikat ini.
Selepas Kuala Lumpur, Coach on the Move akan menjelajah ke selatan untuk singgah ke Johor Premium Outlets (9-11 Disember), kemudian ke Hin Bus Depot, Pulau Pinang (16-18 Disember) dan akhir sekali singgah ke IOI City Mall Putrajaya (23-25 Disember). Para pengunjung juga berkesempatan menyertai pengalaman digital Augmented Reality (AR) Rexy dengan melakukan imbasan pada kod di ruang pamer Coach on the Move. Jangan lepaskan peluang meraikan musim percutian ini bersama-sama Coach on the Move!
BACA: Lil Nas X Bintangi ‘Courage To Be Real’, Kempen Terbaru Coach